بســــــــم الله الرحمن الرحيم
Selawat dan salam kepada penghulu kita Rasulullah SAW.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
Pernah pada suatu ketika, seorang wanita tua berkata kepada Baginda Rasullah SAW:
"Wahai Rasulullah, aku mohon kamu berdoa agar aku masuk ke syurga Allah."
Rasulullah SAW menjawab:
"Orang tua tidak akan masuk ke syurga Allah."
Terus wanita tua tadi sugul dan menangis selepas mendengar jawapan tersebut daripada Rasulullah SAW.
Kemudian Rasulullah menjelaskan:
"Kamu akan menjadi muda kembali pada hari tersebut."Wanita tua tadi kembali gembira apabila mendengar penjelasan Rasulullah SAW tersebut. Memang benar, apabila masuk ke syurga, wanita tua akan kembali muda pada umur 17 tahun apabila masuk ke syurga manakal lelaki akan kembali pada umur 33 tahun.
Jelas daripada kisah ini, kita dapat lihat Rasulullah SAW sendiri pandai berjenaka. Jenaka Rasulullah bukanlah membawa kepada suatu yang tidak berfaedah, sebaliknya dipengakhirannya wanita tua tadi merasa sangat gembira selepas mengetahui janji Allah yang dia akan kembali menjadi muda di syurga nanti.
Jazakallah.
ANDA MUNGKIN BERMINAT UNTUK MEMBACA:
0 comments:
Post a Comment