Thursday, March 27, 2014
11:09 AM 0

Mengapa Surah At-Taubah Tiada Bismillah?


Al-Quran al-Karim merupakan mukjizat yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan menjadi kitab panduan kepada umat Muhammad SAW.

Jika kita membaca dan mengamati surah-surah di dalam al-Quran kita akan dapati setiap permulaan surah akan terdapat bacaan basmallah iaitu "Bismillahirrahmanirrahim". Bagi surah al-Fatihah basmallah di awal surah dikira sebagai ayat dan kita diwajibkan membacanya di dalam solat. Bagi surah an-Naml pula, basmallah muncul dua kali bagi surah tersebut. Namun, apa yang ingin dibincangkan ialah surah at-Taubah di mana basmallah tidak ada dipermulaan surah ini.

Jadi persoalan yang timbul adalah mengapa pada permulaan surah at-Taubah tiada bacaan "Bismillahirrahmanirrahim"?

Semestinya terdapat hikmah disebalik mengapa Allah tidak menyertakan bacaan basmallah pada surah tersebut. Dalam menjawab persoalan, sebenarnya terdapat beberapa pendapat para ulama'. Mari kita lihat satu-persatu pendapat-pendapat tersebut.

1)
Menulis basmallah sudah menjadi kebiasaan kepada orang arab zaman dahulu apabila mereka mengadakan suatu perjanjian. Walaubagaimana pun, dalam membatalkan perjanjian tersebut, mereka tidak akan menulis basmallah. Ketika turunnya surah at-Taubah yang menandai tidak akan ada perjanjian antara Rasulullah SAW dan orang musyrikin, jadi Rasulullah SAW mengutuskan Saidina Ali RA untuk membacakan suruh tersebut tanpa membacakan basmallah pada permulaannya.

2)
Terdapat persamaan di antara surah at-Taubah dan surah yang diturunkan sebelumnya iaitu al-Anfal. Jadi para ulama berpendapat tiada basmallah di awal surah at-Taubah kerana surah tersebut merupakan sambungan kepada surah sebelumnya.

3)
Surah at-Taubah berdekatan dengan surah al-Baqarah dan mempunyai kesamaan di antara keduanya, maka tidak ditulis basmallah pada permulaannya.

4)
Ketika zaman pemerintahan Khalifah ar-Rasyidin yang ke-3 iaitu Saidina Uthman Affan RA, ketika beliau membuat penyusunnan semula musyaf, timbul perbezaan pendapat antara penulis musyaf. Perbezaan pendapat yang timbul ialah, adakah surah at-Taubah dan al-Anfal merupakan satu surah yang sama atau dua surah yang berbeza. Untuk mengambil jalan tengah bagi perbezaan pendapat ini, surah at-Taubah tidak ditulis basmallah pada awalnya tetapi kedua-dua surah tersebut dianggap dua surah berbeza.

5)
Yang kelima, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika apabila ditanyakan oleh Saidini Ali
RA mengapa surah at-Taubah tiada basmallah di awal surahnya, beliau menjawab, "Bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan kesejahteraan, dan surah at-Taubah diturunkan dalam bayang-bayang pedang ketika perang Tabuk, di mana keadaan tidak aman ketika itu. Bacaan basmallah itu sendiri menyingkap maksud rahmat dan kasih-sayang, sedangkan surah at-Taubah banyak berisi kecaman dan sanggahan terhadap sikap orang munafik dan kafir, maka tiada rahmat bagi mereka.

Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Jibril tidak menyertakan bacaan basmallah ketika menurunkan surah tersebut. Kebanyakkan menerima pendapat yang kelima. Walahulam.

0 comments:

Post a Comment