Sunday, March 30, 2014
1:23 PM 0

Misteri Piramid Giza Terjawab Di Dalam Al-Quran


Piramid Giza di Mesir merupakan antara 7 Perkara Ajaib Di Dunia(7 Wonders of The World). Hal ini kerana, sehingga hari ini tiada siapa pun tahu bagaimana binaan yang sebesar itu mampu dibina pada zaman yang mana tiada kemudahan teknologi canggih untuk mengangkat batu-batu besar untuk disusun sehingga ke puncak piramid tersebut.

Sehinggalah pada 1 Disember 2006, menerusi akhbar Amerika Times, ahli saintis dan pakar arkeologi barat mengatakan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid di Mesir itu. Menerusi kajian mereka yang dikatakan memakan masa selama 20 tahun itu, mereka telah membuat satu penemuan bahawa Firaun membentuk batu besar dipuncak Piramid tersebut dengan memanaskan tanah liat sehingga membentuk batuan keras.

Walaubagaimana pun, para sarjana barat ini bukanlah yang pertama membongkar kaedah yang digunakan oleh Firaun tersebut. Perkara ini sudah pun terbongkar 1400 tahun yang lalu oleh seorang individu di Semenanjung Tanah Arab yang tidak pernah pun menjejak kaki ke piramid di Mesir itu. Jadi siapakah yang pertama membongkarkan perkara ini?  Orang itu adalah Muhammad SAW, Kekasih Tuhan yang mencipta Firaun dan menenggelamkannya ke dalam laut.

"Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta". [al-Qasas:38]


Sudah terang lagi bersuluh, sejak 1400 yang lalu, telah tercatat bahawa Firaun membuat bangunan yang tinggi dengan cara membakar batu-batuan sebagaimana yang ditemui oleh para saintis dari barat pada 2006 yang mana mengambil tempoh selama 20 tahun barulah menemui kaedah yang digunakan Firaun tersebut.

Sebagai umat Islam semamangnya kita mempercayai kitab al-Quran yang dibawa oleh Rasululllah SAW yang merupakan salah satu daripada rukun iman. Justeru, bukti ini mengukuhkan lagi iman kita bahawa apa tercatat di dalam al-Quran itu adalah daripada Allah SWT. Dan bagi orang kafir yang masih ragu-ragu tentang kesahihan al-Quran, ini merupakan salah satu bukti bahawa, kitab suci umat Islam itu bukanlah ditulis mengikut hawa nafsu Muhammad SAW, sebaliknya merupakan wahyu daripada Tuhan Yang Maha Esa.

0 comments:

Post a Comment