Lihatlah gambar dua gadis di atas, kenapa mereka berpakaian bergitu? Memakai tudung tapi pakai seluar pendek. Adakah dia sengaja memakai pakaian begitu untuk menghina seruan Islam? Atau kerana pengetahuan mereka tentang Islam terlalu cetek?
Walaubagaimana pun, kita tidak boleh terus mengaibkan mereka, dalam erti kata lain kita perlu husnudzon terhadap mereka. Mungkin kerana terlalu banyak seruan orang ramai yang berkata "pakai tudung itu cantik", "free hair berdosa", "pakai tudung adalah wajib!!" dan sebagainya. Tapi gesaan dan seruan ini tidak begitu tepat untuk dua gadis di atas yang masih mencari-cari pangkal jalan yang sebenar. Mereka tidak tahu membezakan sama ada wajib memakai tudung atau wajib menutup aurat sebenarnya kerana gesaan orang ramai itu terlalu ortodok.
Inilah pentingnya untuk menghadiri majlis ilmu supaya kita tidak dikategorikan sebagai "bodoh sombong".
Walau apa pun, marilah kita sama-sama berdoa supaya mereka ini terbuka hati dan mendapat hidayah yang dimilikki oleh Allah SWT. Aminn..
sumber: fb.com/oh!media.
0 comments:
Post a Comment