Sunday, July 20, 2014
5:43 PM 1

TERKINI MH17 : 10 Soalan Penting Persekutuan Russia Mahu Ukraine Jawab


Sejak Jumaat lalu,  gempar dalam dunia penerbangan antarabangsa mula menjadi topik hangat iaitu terhempasnya MH17 di sempadan Russia-Ukraine setelah ditembak pada ketinggian 10,000 kaki. Sebaik saja berita ini tersebar, negara dari dan Ukraine dilihat dari awal melibatkan Rusia dalam insiden MH17 yang tragis ini tanpa sebarang bukti kukuh untuk menyokong kenyataan mereka itu.

Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Anatoly Antonov memberitahu, beliau telah dijemput oleh kerajaan Ukraine untuk menjawab 10 soalan bagi membuktikan komitmen mereka kepada siasatan tidak berat sebelah.

Anatoly juga mengluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan negara-negara barat yang membuat kesimpulan terlalu singkat iaitu "hanya 24 jam selepas nahas itu".

“Mereka seolah-olah mahu dunia melihat bahawa Russia bertanggungjawab untuk insiden tersebut. Perkara ini sangat pelik kerana tanpa sebarang keterangan dari pihak kami, namun media Barat terus menunding jari kepada pihak Russia. Ia seolah-olah membuatkan kami adalah sebahagian daripada pencetus peperangan yang telah meraka mulakan terhadap Persekutuan Rusia.”
Bagi mempertahankan Persekutuan Russia, mereka mengajukan 10 soalan kepada pihak Ukraine:

1. Sejurus sahaja insiden MH17 berlaku, pihak berkuasa Ukraine secara terus telah menyalahkan peraka tersebut pada unit pertahanan. Tuduhan berdasarkan apa ini?

2. Bolehkan kerajaan Ukraine menjelasankan tentang bagaimana operasi untuk sistem peluru berpandu ‘Buk’ di kawasan konflik tersebut? Mengapakah senjata peluru berpandu tersebut menjadi pilihan pertama?

3. Mengapa pihak berkuasa Ukraine tidak melakukan apa-apa untuk menubuhkan satu suruhanjaya antarabangsa?

4. Adakah Angkatan Tentera Ukraine akan memberi kebenaran kepada pihak penyiasatan antarabangsa untuk membuat siasatan yang terliti terhadap sistem ketenteran ketenteraan, termasuk senjata roket mereka iaitu ‘SAM’.

5. Adakah suruhanjaya antarabangsa mempunyai akses kepada pengesanan data dari sumber yang boleh dipercayai mengenai pergerakan pesawat perang Ukraine pada hari insiden tersebut?

6. Kenapa pusat kawalan trafik udara Ukraine membenarkan pesawat MH17 untuk menyimpang dari laluan biasanya ke utara dan seterusnya menyebabkan pesawat melalui ke laluan ‘zon operasi anti-pengganas’?

7. Kenapa ruang udara di zon konflik Ukraine terutama di kawasan yang tidak dilindungi oleh sistem radar tidak ditutup sepenuhnya bagi perkhidmatan penerbangan awam?

8. Maca mana laporan rasmi dari kerajaan Ukranie yang tersebar di media sosial mengatakan bahawa terdapat dua pesawat Boeing-777 kepunyaan pihak tentera Ukraine terbang bersama di ruang udara zon perang tersebut?

9. Kenapakah pihak keselamatan Kiev mengadakan satu rakaman komunikasi antara pihak kawalan trafik udara Ukraine dengan anak kapal menggunakan data sistem tanpa menunggu perintah dari pihak penyiasatan antarabangsa?

10. Apakah pengajaran yang diambil oleh Kiev semasa kejadian yang agak sama berlaku pada 2001, apabila kapal terbang Rusia Tu-154 terhempas di laut hitam? Yang ketika itu pihak berkuasa Ukraine telah menafikan sebarang penglibatan pihak tenteranya sehinggalah terdapat bukti kukuh yang mennyatakan pihak Ukraine merupakan punca sebenar dan terbukti bersalah.
12:12 PM 0

Tahu Ajal Sudah Dekat : Pramugari MH17 SMS Akan Pergi Temui Allah


Lagi kisah yang menyayat hati muncul daripada tragedi MH17 yang terhempas akibat ditembak di kawasan sempadan Ukraine-Russia. Salah satu daripada cerita tersebut adalah kisah seorang pramugari MH17, Mastura Mustafa yang seolah-olah sudah mengetahui ajalnya akan tiba tidak lama lagi.

Dia menyuarakan perasaan tersebut kepada suaminya menerusi aplikasi WeChat dengan mesej:

"Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang suatu hari nanti, sayang akan pergi temui Allah takkan kembali."
Itulah antara mesej terakhir kru penerbangan MH17 kepada suaminya, Mohamed Affendi Kamarudin. Malah suaminya turut menceritakan bahawa isterinya itu sempat memohon maaf di atas kesalahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.


"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai."
"Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya."

Mohamed Affendi cuma berharap jenazah isterinya dapat dibawa pulang dengan segera. 

6:40 AM 0

BELUM AJAL : Pemuda Ini Terselamat 2 Kali Dari Nahas Pesawat MH370 & MH17


Sudah suratan takdir belum sampai lagi ajal menjemputnya. Itulah yang dapat diungkapkan mengenai seorang pemuda yang juga atlet lumba basikal ini. Pada Mac lalu, dia sepatutnya menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 namun dia terselamat kerana menukar pesawat di saat akhir.

Terbaru, dia juga turut terselamat daripada menjadi mangsa nahas MH17 apabila turut menukar pesawat kerana mendapat pesawat dengan tambang lebih murah. Maarten De Jonge, seorang pelumba basikal profesional sepatutnya menaiki pesawat MH370 antara Kuala Lumpur ke Beijing pada ketika itu, tetapi nasib menyebelahinya apabila dia berasa ingin mengambil penerbangan yang lebih awal.

Setelah itu, MH370 dilaporkan hilang dengan jumlah penumpang dan anak kapal seramai 227 orang. Sehingga kini ia masih tidak dijumpai dan kekal menjadi misteri. Khamis lalu pula, Maarten sepatutnya menaiki pesawat MH17, tetapi sekali lagi dia bernasib baik kerana mendapat tambang yang lebih murah dari penerbangan lain ketika itu. Lantas dia membuat keputusan untuk mengambil penerbangan yang sebelumnya.
2:28 AM 0

MISTERI #MH17 : Individu Tidak Dikenali Cuba Hantar Mesej Kepada Keluarga Melalui iPad Mangsa


Keluarga daripada salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas MH17 memberitahu ada menerima mesej melalui akaun Facebook mangsa.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Pertahanan Negara, Datuk Seri Hishammuddin semalam melalui kemas kini statusnya di Facebook. Beliau dikatakan telah bertemu dengan keluarga salah seorang mangsa yang terlibat dalam tragedi #MH17.

Salah seorang ahli keluarga tersebut, Leftenan Komander Lee Vee Weng yang merupakan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia dimaklumkan telah kehilangan isteri dan juga seorang anak serta adik ipar dalam nahas pesawat tersebut.

Menurut beliau, isterinya merupakan seorang pensyarah dari Universiti Malaysia Sabah, pergi ke Eropah untuk membentangkan kertas kerja di Universiti Antwerp manakala beliau terpaksa menghadiri satu persidangan. Isterinya turut membawa adik ipar bagi menjaga anak mereka yang baru berusia setahun.

“Seseorang telah menemui iPad isterinya dan cuba menghubungi ahli keluarga menerusi Facebook yang tidak didaftar keluar. Individu itu menghantar mesej kepada kakak mangsa yang kebetulan online namun mesej tersebut dalam bahasa Rusia,” katanya.

Datuk Seri Hishammuddin  berkata, pihaknya akan menyerahkan perkara tersebut kepada kedutaan Ukraine di Malaysia bagi mengesan individu terbabit.

sumber : sinarharian.com
12:48 AM 0

BONGKAR #MH17 : Singapore Airlines Yang Menafikan Guna Laluan Ukraine Hanyalah Penipuan Belaka


"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Nak putar belit sangat, kan dah tak pasal-pasal kantoi.

Tiada bahayanya kalau diikutkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai status laluan ruang udara Ukraine.

ICAO turut mengesahkan sendiri yang laluan antarabangsa tersebut selamat untuk dilalui mana-mana pesawat penerbangan.

Menteri Pengangkutan Negara, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi sidang media baru-baru ini ada memberitahu yang laluan antarabangsa tersebut turut dilalui oleh 15 daripada 16 syarikat penerbangan di bawah Persatuan Penerbangan Asia Pasifik.

Laluan tersebut juga turut digunakan oleh beberapa syarikat penerbangan dari Eropah. Pesawat MAS sebelum ini pernah melalui jalan udara tersebut tanpa sebarang masalah.

Singapore Airlines pula yang menafikan ada menggunakan laluan Ukraine tersebut akhirnya diketahui telah menggunakan laluan tersebut sebanyak 75 KALI!!


Saturday, July 19, 2014
7:15 PM 0

MH17 : Besar Sungguh Permainan Mereka, Perbualan WhatsApp Dgn Juruterbang MAS Tersebar



Anda pasti terkejut membaca satu perbualan WhatsApp bersama seorang juruterbang syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Jom ikuti perbualan juruterbang tersebut di bawah ini:





Dari perbualan ini jelas menunjukkan bahawa beberapa penerbangan sebelum ini yang lalu di kawasan berkenaan dengan ketinggian yang sama tidak pula ditembak. Sudah pasti pelbagai persepsi muncul jika melihat dari perbualan ini.

Walaupun perbualan WhatsApp ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun kita tidak dapat menafikan penerbangan Singapura(SIA) turut menggunakan laluan sama yang digunakan MH17. Malah SIA melalui kawasan Donetsk yang dikuasai pemberontak Ukraine itu sebanyak 75 kali berbanding MAS yang hanya melaluinya sebanyak 48 kali, lapor Der Spiegel.

Media Jerman melaporkan penerbangan Rusia Aeroflot melaluinya sebanyak 86 kali sepanjang tujuh hari lalu, Ukraine International Airlines 62 kali manakala syarikat penerbangan terbesar Jerman, Lufthansa, 56 kali.
Jadi mengapa beratus-ratus penerbangan lain yang lalu di kawasan tersebut sebelum ini tidak pernah ditembak.

6:30 PM 0

PELIK TAPI HEBAT!! Lelaki Tua Ini Kaya Secara Tidak Sengaja


Ahli kimia, Harry Coover antara manusia terkaya abad ini membongkar rahsia beliau menjadi seorang jutawan yang begitu kaya raya.

Dia hanyalah menjual produk yang asalnya adalah 'sampah' hasil eksperimen beliau yang tidak menjadi.

Kini, produk 'sampah' tersebut mendapat permintaan yang amat menggalakkan di seluruh dunia sehingga terjual hampir 2 trillion produk tersebut hingga sekarang.

Apa produk yang hebat sangat tu? Emas ke? Berlian? Mana mungkin berlian dan emas menjadi sampah meskipun eksperimen terhadap bahan tersebut.

Sebenarnya, produk yang sangat popular tersebut ialah sejenis gam yang berkekuatan super dipanggil "Super Glue".

Pada awalnya Harry ada membuat eksperimen berkenaan dengan 'gun sight' tapi eksperimen tersebut gagal lalu menjadi gam berkuasa super ini.

p/s : senang betol nak jadi kaya ni kan ... kalau la aku kaya!