Sunday, July 20, 2014
6:40 AM 0

BELUM AJAL : Pemuda Ini Terselamat 2 Kali Dari Nahas Pesawat MH370 & MH17


Sudah suratan takdir belum sampai lagi ajal menjemputnya. Itulah yang dapat diungkapkan mengenai seorang pemuda yang juga atlet lumba basikal ini. Pada Mac lalu, dia sepatutnya menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 namun dia terselamat kerana menukar pesawat di saat akhir.

Terbaru, dia juga turut terselamat daripada menjadi mangsa nahas MH17 apabila turut menukar pesawat kerana mendapat pesawat dengan tambang lebih murah. Maarten De Jonge, seorang pelumba basikal profesional sepatutnya menaiki pesawat MH370 antara Kuala Lumpur ke Beijing pada ketika itu, tetapi nasib menyebelahinya apabila dia berasa ingin mengambil penerbangan yang lebih awal.

Setelah itu, MH370 dilaporkan hilang dengan jumlah penumpang dan anak kapal seramai 227 orang. Sehingga kini ia masih tidak dijumpai dan kekal menjadi misteri. Khamis lalu pula, Maarten sepatutnya menaiki pesawat MH17, tetapi sekali lagi dia bernasib baik kerana mendapat tambang yang lebih murah dari penerbangan lain ketika itu. Lantas dia membuat keputusan untuk mengambil penerbangan yang sebelumnya.

0 comments:

Post a Comment