Friday, January 24, 2014
12:43 AM 0

Malaysia Kini : Abang Sanggup Lihat Adik Perempuan Tidur Dengan Kawan!!!

 gambar hiasan

ALOR SETAR : Tergamaknya seorang abang apabila merelakan adik perempuannya sendiri ditiduri rakannya demi melempiaskan nafsunya bersama rakan adiknya yang baru sahaja dikenali. 

Seorang abang sepatutnya menjaga maruah adiknya daripada ranap dimamah gejala sosial yang kian berleluasa kini. 

Namun, lain pula terjadi di sini apabila apabila seorang abang bertindak sebaliknya dengan membenarkan adiknya ditiduri rakannya di sebuah bilik hotel murah di Jalan Alor Mengkudu kelmarin. 


Lelaki berusia 24 tahun yang berasal dari Kuala Kedah itu dikatakan turut membawa rakan adiknya menyewa bilik di hotel yang sama walaupun baru pertama kali jumpa. 

Lelaki berkenaan difahamkan turut mengajak adik perempuannya, 21 tahun,  turut serta ke hotel berkenaan lalu menyewakan bilik bersama rakannya yang bekerja nelayan. 

Walaubagaimanapun, perbuatan terkutuk mereka itu terkantoi sudah apabila serbuan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ke atas dua bilik berasingan hotel itu kira-kira jam 4 petang. 

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, mereka akan didakwa kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan jika disabitkan kesalahan akan didenda RM2000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

0 comments:

Post a Comment