Sunday, July 20, 2014
12:12 PM 0

Tahu Ajal Sudah Dekat : Pramugari MH17 SMS Akan Pergi Temui Allah


Lagi kisah yang menyayat hati muncul daripada tragedi MH17 yang terhempas akibat ditembak di kawasan sempadan Ukraine-Russia. Salah satu daripada cerita tersebut adalah kisah seorang pramugari MH17, Mastura Mustafa yang seolah-olah sudah mengetahui ajalnya akan tiba tidak lama lagi.

Dia menyuarakan perasaan tersebut kepada suaminya menerusi aplikasi WeChat dengan mesej:

"Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang suatu hari nanti, sayang akan pergi temui Allah takkan kembali."
Itulah antara mesej terakhir kru penerbangan MH17 kepada suaminya, Mohamed Affendi Kamarudin. Malah suaminya turut menceritakan bahawa isterinya itu sempat memohon maaf di atas kesalahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.


"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai."
"Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya."

Mohamed Affendi cuma berharap jenazah isterinya dapat dibawa pulang dengan segera. 

0 comments:

Post a Comment