Sunday, July 20, 2014
5:43 PM 1

TERKINI MH17 : 10 Soalan Penting Persekutuan Russia Mahu Ukraine Jawab


Sejak Jumaat lalu,  gempar dalam dunia penerbangan antarabangsa mula menjadi topik hangat iaitu terhempasnya MH17 di sempadan Russia-Ukraine setelah ditembak pada ketinggian 10,000 kaki. Sebaik saja berita ini tersebar, negara dari dan Ukraine dilihat dari awal melibatkan Rusia dalam insiden MH17 yang tragis ini tanpa sebarang bukti kukuh untuk menyokong kenyataan mereka itu.

Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Anatoly Antonov memberitahu, beliau telah dijemput oleh kerajaan Ukraine untuk menjawab 10 soalan bagi membuktikan komitmen mereka kepada siasatan tidak berat sebelah.

Anatoly juga mengluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan negara-negara barat yang membuat kesimpulan terlalu singkat iaitu "hanya 24 jam selepas nahas itu".

“Mereka seolah-olah mahu dunia melihat bahawa Russia bertanggungjawab untuk insiden tersebut. Perkara ini sangat pelik kerana tanpa sebarang keterangan dari pihak kami, namun media Barat terus menunding jari kepada pihak Russia. Ia seolah-olah membuatkan kami adalah sebahagian daripada pencetus peperangan yang telah meraka mulakan terhadap Persekutuan Rusia.”
Bagi mempertahankan Persekutuan Russia, mereka mengajukan 10 soalan kepada pihak Ukraine:

1. Sejurus sahaja insiden MH17 berlaku, pihak berkuasa Ukraine secara terus telah menyalahkan peraka tersebut pada unit pertahanan. Tuduhan berdasarkan apa ini?

2. Bolehkan kerajaan Ukraine menjelasankan tentang bagaimana operasi untuk sistem peluru berpandu ‘Buk’ di kawasan konflik tersebut? Mengapakah senjata peluru berpandu tersebut menjadi pilihan pertama?

3. Mengapa pihak berkuasa Ukraine tidak melakukan apa-apa untuk menubuhkan satu suruhanjaya antarabangsa?

4. Adakah Angkatan Tentera Ukraine akan memberi kebenaran kepada pihak penyiasatan antarabangsa untuk membuat siasatan yang terliti terhadap sistem ketenteran ketenteraan, termasuk senjata roket mereka iaitu ‘SAM’.

5. Adakah suruhanjaya antarabangsa mempunyai akses kepada pengesanan data dari sumber yang boleh dipercayai mengenai pergerakan pesawat perang Ukraine pada hari insiden tersebut?

6. Kenapa pusat kawalan trafik udara Ukraine membenarkan pesawat MH17 untuk menyimpang dari laluan biasanya ke utara dan seterusnya menyebabkan pesawat melalui ke laluan ‘zon operasi anti-pengganas’?

7. Kenapa ruang udara di zon konflik Ukraine terutama di kawasan yang tidak dilindungi oleh sistem radar tidak ditutup sepenuhnya bagi perkhidmatan penerbangan awam?

8. Maca mana laporan rasmi dari kerajaan Ukranie yang tersebar di media sosial mengatakan bahawa terdapat dua pesawat Boeing-777 kepunyaan pihak tentera Ukraine terbang bersama di ruang udara zon perang tersebut?

9. Kenapakah pihak keselamatan Kiev mengadakan satu rakaman komunikasi antara pihak kawalan trafik udara Ukraine dengan anak kapal menggunakan data sistem tanpa menunggu perintah dari pihak penyiasatan antarabangsa?

10. Apakah pengajaran yang diambil oleh Kiev semasa kejadian yang agak sama berlaku pada 2001, apabila kapal terbang Rusia Tu-154 terhempas di laut hitam? Yang ketika itu pihak berkuasa Ukraine telah menafikan sebarang penglibatan pihak tenteranya sehinggalah terdapat bukti kukuh yang mennyatakan pihak Ukraine merupakan punca sebenar dan terbukti bersalah.

1 comments:

  1. kadang-kadang pening jugak nak cari info mh370 ni kejap macam ni kejap macam tu tak tahu yang mana satu betul.

    ReplyDelete