Hasrat seorang remaja berusia 17 tahun yang ingin merakam gambar 'panas' di bilik mandi terkandas apabila diberkas oleh sepasukan polis yang bertugas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.
Suspek yang didapati cuba untuk merakam gambar isteri pesara polis yang ketika itu berada di bilik mandi di kediamannya Tabuan Laru, Kuching kelmarin.
Dalam insiden tersebut, pesara polis yang kebetulan berada di rumah ketika itu bergegas ke bahagian dapur rumah setelah terdengar jeritan isterinya lalu memberitahu bahawa ada orang cuba 'skodeng' ketika dia mandi.
Pesara polis tersebut sempat melihat seorang lelaki yang merupakan anak jirannya berumur 17 tahun melompat dari pagar belakang.
Suspek yang dikenali terus ditahan reman semalam dan didapati positif dadah jenis syabu.
0 comments:
Post a Comment