Sunday, July 20, 2014
2:28 AM 0

MISTERI #MH17 : Individu Tidak Dikenali Cuba Hantar Mesej Kepada Keluarga Melalui iPad Mangsa


Keluarga daripada salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas MH17 memberitahu ada menerima mesej melalui akaun Facebook mangsa.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Pertahanan Negara, Datuk Seri Hishammuddin semalam melalui kemas kini statusnya di Facebook. Beliau dikatakan telah bertemu dengan keluarga salah seorang mangsa yang terlibat dalam tragedi #MH17.

Salah seorang ahli keluarga tersebut, Leftenan Komander Lee Vee Weng yang merupakan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia dimaklumkan telah kehilangan isteri dan juga seorang anak serta adik ipar dalam nahas pesawat tersebut.

Menurut beliau, isterinya merupakan seorang pensyarah dari Universiti Malaysia Sabah, pergi ke Eropah untuk membentangkan kertas kerja di Universiti Antwerp manakala beliau terpaksa menghadiri satu persidangan. Isterinya turut membawa adik ipar bagi menjaga anak mereka yang baru berusia setahun.

“Seseorang telah menemui iPad isterinya dan cuba menghubungi ahli keluarga menerusi Facebook yang tidak didaftar keluar. Individu itu menghantar mesej kepada kakak mangsa yang kebetulan online namun mesej tersebut dalam bahasa Rusia,” katanya.

Datuk Seri Hishammuddin  berkata, pihaknya akan menyerahkan perkara tersebut kepada kedutaan Ukraine di Malaysia bagi mengesan individu terbabit.

sumber : sinarharian.com

0 comments:

Post a Comment