Saturday, March 29, 2014
1:45 PM 0

Bila Ustaz Azhar Idrus Berbicara Tentang Bomoh MH370


Sedang kita dihangatkan tentang kehilangan pesawat MAS Boeingg-777 MH370 pada 8 Mac yang lalu, tiba-tiba muncul seorang bomoh yang mendakwa dirinya sebagai raja bomoh dan dia dapat membantu untuk mencari pesawat yang hilang tersebut. Antara ritual yang dilakukan bomoh tersebut adalah teropong buluh, tikar terbang dan sebagainya.

Ritual pelik itu telah menjadi bahan sendaan orang ramai di laman sosial, malah perkara tersebut menular ke negara luar. Perkara ini semakin memuncak sehingga muncul aplikasi bomoh bagi telefon pintar Android di Google Playstore. Tidak lama selepas itu, orang ramai mula menyifatkan ritual yang dilakukan bomoh berkenaan sebagai syirik dan amat memalukan.
Dalam membincangkan isu ini, kali ini seorang pendakwah bebas yang cukup popular dalam kalangan anak muda iaitu Ustaz Azhar Idrus tampil memberi respon beliau berkenaan isu ini.

Pertama sekali, beliau menjelaskan bahawa perkataan "bomoh" itu tidak membawa maksud syirik. Bomoh disifatkan sebagai perubatan tradisional di mana yang menentukan syirik atau tidak bergantung kepada kaedah yang dilakukan. Jadi tidak semestinya bomoh itu syirik. 

Sebagai contoh, jika seseorang itu membaca ayat al-Quran dan meniup ke air, maka orang tersebut akan dipanggil bomoh bukannya doktor, betul? Jadi adakah benar perbuatan tersebut? Jawapannya, perbuatan membaca ayat al-Quran, surah al-Fatihah khususnya dan meniup ke air merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Melainkan jika, ayat yang dibaca bukanlah ayat al-Quran, dan ayat tersebut begitu pelik, maka itu barulah tidak boleh. Jadi di sini, kita jangan terburu-buru untuk menuduh seseorang itu melakukan syirik.

Walaubagaimana pun, Ustaz Azhar Idrus mengakui bahawa ritual tikar terbang yang dilakukan itu memang 'nakal' dan boleh dikatakan bodoh. Tetapi kita tidak terburu-buru mengatakan perbuatan tersebut sebagai syirik. Memandangkan syirik ini merupakan dosa yang amat besar, jadi biarlah kita mempunyai ilmu yang cukup untuk meletakkan sesuatu perkara sebagai syirik. Menurut beliau, hal ini kerana, jika kita meletakkan sesuatu pada hukum syirik secara membuta tuli,  bimbang jika syirik tersebut jatuh kepada kita kembali.

"Nakal memang nakal, memalukan memang memalukan. Dengan ritual seperti tikar terbang bersama tongkat untuk mendayung itu saya sendiri tidak mahu jika disuruh melakukannya. Tapi jangan kita terlalu cepat mengatakan perkara tersebut sebagai syirik." jelas Ustaz Azhar Idrus.
 
Kita perlu siasat dahulu, jika ada membaca ayat-ayat yang mencerugikan, menyeru nama-nama yang pelik, menyebut nama-nama jembalang dan sebagainya, maka yang itu barulah syirik.

Anda mungkin berminat: Bicara Dr Harun Din Mengenai Isu MH370

0 comments:

Post a Comment