Sejarah silam telah menyingkap tentang Nabi Nuh dan kaumnya yang menentang kenabiannya. Lalu Allah perintahkan Nabi Nuh untuk membina sebuah bahtera dan apabila Nabi Nuh membina bahtera tersebut bertambahlah tentangan dan hinaan dari kaumnya. Kemudian Allah turunkan hujan yang amat lebat menyebabkan sebuah banjir yang terbesar dalam sejarah dan semua manusia yang tidak berada bersama-sama Nabi Nuh AS di dalam bahteranya telah mati akibat banjir tersebut. Itulah secara ringkasnya cerita tentang Nuh AS yang telah diceritakan di dalam al-Quran.
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama 950 puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka). Maka dengan itu Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera, dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf) kepada sekalian makhluk." [al-'Ankabut:14-15]
Sebenarnya, kisah berkenaan Nabi Nuh dan bahteranya ini turut dipercayai oleh sebahagian penganut Yahudi Ortodoks dan Kristian berpandukan "Old Testament". Malah mitos Sumeria turut menceritakan kisah yang serupa sepeti ini. Namun sedikit berbeza bagi agama Abrahamik dalam kisah Sumeria kerana tokoh dalam cerita tersebut bernama Ziusudra bukannya Nuh AS. Dalam kisah tersebut, dewa-dewa mengingatkan Ziusudra agar membina sebuah bahtera untuk menyelamatkan diri daripada sebuah banjir besar yang akan membunuh semua manusia.
Kisah-kisah tentang Nabi Nuh ini telah dihurai dengan panjang dalam kitab-kitab agama Samawi. Huraian yang dibuat banyak mensintesiskan beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tersebut.
Pada 1960 timbul satu berita bahawa ahli arkeologi barat telah menemui bahtera Nabi Nuh dipergunungan Ararat, Turki. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan satu imej digunung Ararat yang menunjukkan terdapat satu bentuk bahtera pada gunung tersebut.
Apa yang ingin dibincangkan di sini adalah, menurut Ahli Kitab(Yahudi dan Kristian) berdasarkan "Old Testament" bahtera Nabi Nuh akan berakhir di Gunung Ararat. Namun, di dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan bahawa bahtera Nuh AS akan berakhir di Gunung Judi, Cizre di sempadan Turki-Iraq.
Adakah anda memahami apa yang saya cuba maksudkan di sini? Kenapa ahli arkeologi dan ahli saintis barat amat beria-ria ingin menunjukkan bahawa mereka menjumpai bahtera Nabi Nuh di Pergunungan Ararat? Ya, jelas sekali mereka seolah-olah ingin menggambarkan bahawa apa yang terkandung di dalam "Old Testament" lebih tepat berbanding al-Quran. Itulah sebenarnya apa yang cuba mereka lakukan. Untuk pengetahuan semua jarak antara Gunung Judi dan Gunung Ararat adalah 35 kilometer.
"Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim"." [Hud:44]Menurut saintis dari Hong Kong, penemuan tersebut merupakan suatu perkara palsu. Ada pula pakar geologi barat sendiri menyatakan bahawa, bentuk kapal yang terhasil tersebut bukanlah daripada bahtera Nabi Nuh, tetapi ia terhasil daripada pergerakkan kerak bumi akibat gempa bumi pada 1948 dan pada 1970 gempa bumi berlaku lagi, dan bentuk kapal itu berubah lagi.
0 comments:
Post a Comment