Pertama sekali, beliau menyeru agar kita semua kembali kepada Allah SWT iaitu membudayakan cara hidup Islam dan mengamalkan sistem Islam dalam kehidupan.
Seterusnya, beliau menyentuh situasi yang terjadi di Malaysia pada hari ini iaitu air di empangan semakin berkurangan, baru-baru ini lebih kurang 75% di kawasan Malaysia telah mengalami jerebu dan terbaru MH370. Di mana misi Mencari dan Menyelamat(SAR) yang melibatkan berpuluh-puluh kapal dan pesawat pejuang namun gagal menemukan sebarang petunjuk sepanjang tempoh dua minggu.
Justifikasi di sini, Allah ingin mengajar manusia bahawa ilmu kita ini amatlah sedikit jika dibandingkan dengan ilmu Allah SWT.
"'Jika diambil seluruh lautan dan seluruh tumbuh-tumbuhan hingga kering dan tandus semuanya untuk dijadikan tinta, maka masih belum mampu untuk menulis kalimah Allah. Lebih-lebih lagi ilmu-Nya."
Kemudian Dr Harun Din membacakan ayat Quran:
"Jangan makan dan minum yang haram, kalau kita melanggarnya maka akan mengundang kemurkaan Allah SWT lalu Allah SWT akan menimpakan bala."Tragedi MH370 yang berlaku pada hari ini telah membawa Malaysia kepada tumpuan seluruh dunia. Kemudian Allah memalukan kita dengan kehadiran bomoh dengan tikar terbangnya. Sehinggakan Arab Saudi mengatakan bahawa kita membiarkan syirik berleluasa di negara kita. Benar, memang itulah situasi yang perlu kita terima. Allah hina negara kita dengan peristiwa sebegini.
Kebanyakkan orang tidak melihat peristiwa yang berlaku ini dengan mata hati. Mereka hanya menilai dari mata kasar mereka. Mata hati kita sudah buta, ia dibutai dengan maksiat dan perkara syirik. Namun inilah petanda bahawa, Allah masih ingat kepada kita. Jadi kembalilah kepada-Nya, mohon ampun, dan insaflah.
Apa yang berlaku adalah, setelah 3 ke 4 hari kapal terbang tersebut gagal dijumpai barulah kita semua merujuk kepada Allah. Ketika itu, barulah dilakukan solat hajat. Alhamdulillah, bagi yang terang hatinya, awal-awal lagi ketika peristiwa ini berlaku sudah pun menyebut "innalillahi wainna lillahirojiun". Dr Harun Din mengeluarkan pendapat tersebut berdasarkan pengalaman beliau di mana Saudi Airline dan syarikat penerbangan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka untuk membaca doa(khususnya bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.
Mengapa kita tidak berserah kepada Allah SWT Yang Maha Mengetahui dalam setiap permulaan perjalanan? Di Malaysia, terlalu banyak umat Islam yang percaya perkara-perkara khurafat, syirik dan sebagainya. Perkara-perkara seperti bomoh sudah menjadi tidak asing sehinggakan mereka membuat tikar terbang di KLIA pun tiada orang yang mencegahnya. Kesannya, kita mendapat malu besar apabila seantero dunia melihat kebodohan dan kesyirikan yang berlaku terhadap negara kita ini. Dapatkah kita lihat dengan mata hati, bagaimana Allah hina kita?
Semoga bicara Dr Harun Din mengenai isu MH370 ini dapat membuka mata hati kita yang telah dibutakan dengan maksiat dan perkara syirik disekeliling kita. Semoga kita semua dijauhi dengan perkara seperti ini.
0 comments:
Post a Comment