Saturday, March 29, 2014
1:53 PM 0

Rawatan Bakar Kulit Untuk Wanita Lebih Cantik!!

Asal disebut mengenai kecantikan pastinya secara semulajadi ditujukan khas buat kaum wanita yang terlalu 'gila' mengejar kesempurnaan paras rupa dan sanggup berbuat apa sahaja demi menjadi cantik. 

Tidak kurang yang sanggup membakar kulit sendiri semata-mata untuk kelihatan lebih anggun seperti yang berlaku baru-baru ini di China. 


Sebahagian wanita di China dengan rela mengambil risiko meletakkan api di muka dan badan sebagai rawatan kecantikan agar kelihatan lebih jelita dan tampak muda. Rawatan ini bukanlah suatu fenomena yang pelik di China malah dikatakan kaedah mujarab yang diwarisi turun temurun sejak dahulu lagi. 

Rawatan ini diberi nama 'Huo Liau' yang membawa maksud rawatan api, kedengaran menakutkan tetapi pada hakikatnya merupakan satu bentuk terapi alternatif yang digunakan secara meluas di salon dan pusat rawatan kecantikan serata China. 


Selain bahagian muka, rawatan ini juga turut boleh dipraktikkan pada bahagian badan yang lain seperti belakang badan, kaki, perut dan kepala. Kaedah ini dikatakan berpotensi untuk merawat sakit sendi, insomnia, obesiti dan selsema. 

Walaupun secara yakinnya diperkatakan kaedah ini selamat untuk diamalkan, namun masih tiada bukti yang kukuh mengenai keberkesanannya dan masih menimbulkan keraguan ramai pihak.

0 comments:

Post a Comment