Friday, March 14, 2014
12:16 PM 0

MH370-Muncul Aplikasi 'BOMOH' Di Google Playstore Malukan Negara


Kehilangan pesawat Boeing 777- MH370 menjadi topik hangat di Malaysia sejak seminggu yang lalu. Sehingga sekarang(15/03/14) pasukan mencari masih belum menemui sebarang petunjuk di mana lokasi sebenar pesawat tersebut.

Dalam masa yang sama, tumpuan media tidak terlepas membuat liputan tentang seorang bomoh yang menggunakan alternatifnya sendiri dalam mencari pesawat yang hilang tersebut. Gelagat bomoh tersebut mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang berkabung terhadap kehilangan pesawat tersebut. 


Namun, akibat ritual yang pelik dan syirik, ritual bomoh tersebut difatwakan sebagai haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) sendiri. Tidak kurang juga yang menjadikan ritual bomoh tersebut sebagai jenaka di laman sosial malah ada yang mengutuk kerana perbuatan bomoh tersebut telah memalukan negara Malaysia yang sedang mendapat perhatian diseluruh dunia pada hari ini.

Terbaru! ada pihak yang mencipta aplikasi telefon pintar untuk perisian Android kursusnya yang mempersendakan lagi bomoh tersebut. Aplikasi yang bertajuk "BOMOH" tersebut boleh dimuat turun di Google Playstore.

0 comments:

Post a Comment