Sunday, July 6, 2014
11:08 AM 0

UMAT ISLAM DIHINA LAGI!! Kali Ini Azan Pula Jadi Isu


Masih wujud lagi manusia yang jenis kurang ajar dan tak tahu nak hormat agama lain di Malaysia ini. Sudah terang-terang Malaysia ini cukup 'baik hati' memberikan hak kebebasan beragama kepada seluruh rakyatnya. 

Namun, masih ramai lagi yang mempertikaikannya dengan bertindak kurang ajar menghina penganut agama lain. Tambah pula agama yang dihina itu agama rasmi negara Malaysia ini iaitu Islam. Kalau dah tak suka sangat tu diam-diam sudah la. 

Tak payah la nak update status bagai nak kutuk sana sini. Tak pun dah rimas sangat keluar ja dari Malaysia ni. Takde la menyusahkan orang. 

Ni karang sebabkan 'nila setitik rosak susu sebelanga'. Tak pasal ja berpecah belah, bercerai berai negara kita ni. Inilah yang terjadi kalau main serang je tanpa pengetahuan. 

Bukan saja-saja umat Islam melaungkan azan. Azan itu menandakan masuknya waktu solat yang membolehkan umat Islam menunaikan solat. 

Azan itu juga penting untuk mengajak umat Islam solat beramai-ramai di masjid atau surau. Bukan suka-suka je nak memekak macam yang minah tak reti bahasa tu cakap.

0 comments:

Post a Comment