Kecoh di Sabah selepas seorang demi seorang individu yang tidak bersalah diculik oleh sekumpulan 'penyangak' yang tidak diketahui identitinya.
Bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dikenal pasti menjadi dalang di sebalik pencerobohan dan penculikan yang berlaku di Sabah termasuk di Pulau Mabul, Sabtu lalu.
Nur Misuari (kiri) dikatakan terbabit dalam hampir keseluruhan kes penculikan di Sabah
"Wang tebusan akan digunakan untuk membangunkan pasukan baru kerana kita tahu, dia sudah kehilangan sokongan. Malah, Misuari juga tidak mendapat sokongan terutama ketika perjanjian pendamaian GRP (Kerajaan Filipina) yang dibuat sebelum ini.
"Malah, kita juga sudah kenal pasti dana diperolehi melalui tebusan digunakan untuk meningkatkan kekuatan seperti sebelum ini," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Iftar Ramadan bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Sarawak di Masjid Mujahiddin, Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya di sini, semalam.
sumber : #hmetro
ko reka cerita dari mana sumber plak ni admin..mengarut jer.
ReplyDeletemana ada reka bro..ni menteri yg cakap..kalo ak ni mngarut..yg mentri dok ckp pun ngarut jugak ar gitu
DeleteDalang yang sebenar ialah Tok Dalang??
ReplyDeleteDulang kalau buang 'D' jadi ape?
ReplyDelete