Sunday, July 6, 2014
12:38 AM 0

BIAR BETOL?!! Budak Baru 10 Tahun Dah Digelar "Raja Toyol"

Perwatakan dan usianya langsung tidak menampakkan keperibadian sebenarnya yang jauh lebih dahsyat daripada kanak-kanak sebayanya. Seorang kanak-kanak 'istimewa' ini telah diberi gelaran 'Raja Toyol' oleh orang ramai walaupun usianya baru menjangkau 10 tahun. Apakah kehandalan budak ini sampai diberi gelaran sedemikian? Sebab pandai ke dalam tangkap-tangkap toyol jembalang ni? Haa . . .nak tahu kena la teruskan membaca. 


PETALING JAYA - Siapa sangka dalam usia semuda itu dia mendapat gelaran Raja Toyol selepas terbabit dalam tidak kurang daripada 23 kes kecurian membabitkan kes pecah rumah, pecah tabung masjid dan segala macam pecah lagi di kawasan Kampung Sungai Ara, Damansara, di sini, sejak setahun lalu.

Kanak-kanak lelaki ini yang difahamkan tidak bersekolah sudah berulang kali ditangkap penduduk kampung gara-gara mencuri.

Bukan tidak pernah dimarah, dicaci maki malah pernah juga dibelasah namun budak lelaki tersebut tetap tidak serik. Mencuri ini boleh dikatakan hobi dan kerjaya sepenuh masabagi kanak-kanak ini.

Kanak-kanak ini dikatakan mampu 'melesapkan' duit dalam tempoh yang singkat tanpa disedari pemilik wang tersebut.

Dia merupakan anak ketujuh daripada lapan adik beradik dan tinggal bersama ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Keluarganya sudah lali dengan cerita kanak-kanak itu ditangkap mencuri dan sudah tidak tahu nak buat apa dengan kanak-kanak ini. Ramai yang nasihat ayahnya supaya tidak membiarkan anaknya terus begitu, tetapi tidak diendahkan.

sumber : #sinarharian

0 comments:

Post a Comment