Sunday, July 6, 2014
4:00 PM 0

BOLEH PULAK!! Carmen Soo Tersilap Ucap Takziah Pada Orang Lain

Carmen Soo

Nak dijadikan cerita, orang lain yang meninggal tapi orang lain pula yang mendapat ucapan takziah. Ketika dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian biduanita Datuk Sharifah Aini, secara tiba-tiba Soo tampil dengan mebawa suasana lucu. 

Inilah kesilapan 'besar' yang dilakukan oleh model dan juga pelakon Carmen Soo yang tersilap menujukan status takziahnya buat Sharifah Aini kepada orang lain iaitu pelakon Sharifah Amani.

"RIP (rest in peace) Sharifah Amani (berehat dengan aman Sharifah Amani)," tulisnya dalam status Twitter kira-kira pukul 8 malam Ahad. 

Status itu kemudiannya mendapat respons daripada Sharifah Amani dengan membalas mesej Twitter model itu sambil berkata; “Weh! I’m still alive and Twitting lah.” (Weh! Saya masih hidup dan bertwitterlah). 

Soo kemudiannya memohon maaf kepada Sharifah Amani dan menerangkan bahawa maksud sebenarnya ialah untuk menujukan ucapan takziah tersebut kepada Datuk Sharifah Aini. Memang patut la tersilap pun. Dah nama pun dekat-dekat. 

p/s : Al-Fatihah buat Datuk Sharifah Aini

0 comments:

Post a Comment