Thursday, March 27, 2014
12:42 PM 0

Awas!! Aktiviti Bunuh Lipas Mampu Memudaratkan Manusia??!!


Lipas merupakan sejenis serangga yang biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti di sinki dan celah-celah almari. 

Tabiat pemakanan lipas yang hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar nyata membahayakan manusia kerana kotor. 

Digalakkan tidak membunuh lipas dengan tangan kosong bila ternampak lipas berkeliaran kerana isi perut lipas amatlah berbahaya. 

Kajian mendapati dalam perut lipas terdapat cacing halus yang akan tetap hidup walaupun di luar daripada tubuh lipas. 

Cacing ini dikatakan akan bergerak mencari perumah yang baru baginya jika berada luar dari tubuh lipas. Cacing ini sangat halus, lembut dan pendek sahaja saiznya, hanya kelihatan oleh mata kasar pada jarak yang dekat iaitu lebih kurang 10 hingga 20 sentimeter. 

Sangat berbahaya apabila cacing ini menyentuh tubuh badan manusia terutama kaki kerana cacing ini mampu untuk masuk ke liang roma atau luka terbuka pada kulit luar.

0 comments:

Post a Comment