Bunga Matahari atau nama saintifiknya Helianthus annuus berasal dari benua Amerika dan cukup terkenal kerana fungsinya yang pelbagai dalam kehidupan manusia selain menambahkan keindahan pada taman dan kebun.
Namun bukan fungsinya yang ingin dibincangkan pada kali ini, akan tetapi mengenai sifat bunga ini yang dikatakan sentiasa menghadap ke arah matahari. Adakah benar ataupun sekadar mitos orang dahulu kala semata-mata?
Mari kita sama-sama buktikan kesahihan teori ini. Mengikut kajian, daun dan bunga matahari ini bersifat heliotropis iaitu sentiasa mengikut cahaya matahari. Pokok bunga matahari pula menyimpan auxin iaitu sejenis hormon bagi tanaman yang mengendalikan bahagian pertumbuhan.
Biasanya jumlah auxin ini akan lebih tertumpu ke arah sudut pokok yang lebih jauh dari cahaya matahari. Keadaan pokok yang hanya sudut lebih jauh dari matahari dipenuhi auxin menyebabkan batang bunga matahari sentiasa ke arah sinar matahari.
Walaubagaimanapun, bunga matahari yang sudah mekar dikatakan tidak lagi bersifat heliotropis dan dengan itu bunga matahari akan menghadap ke timur pula.
Fakta ringkas : Tahukah anda bahawa biji bunga matahari mempunyai nilai gizi yang sangat tinggi dan amat berguna dalam menghasilkan minyak yang bermutu tinggi seperti yang digunakan dalam
masakan??
0 comments:
Post a Comment