Saturday, January 4, 2014
11:24 PM 0

Nama Rakyat Malaysia Terpanjang Dalam Sejarah

Ibu bapa mana yang tidak mahu anak-anak mereka dinamakan dengan nama yang indah dan sedap dipanggil? Sedap tu sedap jugalah tapi berpada-pada la kan. Tidaklah terlalu mengikut 'kesedapan' sampai lupa kesusahan yang bakal menimpa anak-anak mereka kelak. Sumber kali ini ada menerima berita yang agak menarik perhatian kerana inilah kali pertama melihat nama sepanjang ini terpampang di buku.

Lihatlah nama adik ini. Pernahkah anda melihat nama sepanjang ini? Rakan sekelas anda? Ataupun jiran anda? Sampai nak tulis pun susah.

Nama adik yang bertuah ini ialah Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam. Panjang nama adik ni sampai nak tulis dalam buku latihan pun tak muat. Siap kena print out nama tu dan tampal. Akan tetapi syukur Alhamdulillah nama adik ini mempunyai makna yang baik-baik belaka dan indah untuk disebut. Semoga adik ini membesar sebagai anak yang solehah dan mendengar kata ibu bapa. Post ini bukanlah nak membuka aib sesiapa tetapi memberi informasi kepada semua. Harap maaf jika ada pihak yang terasa.

p/s : Nak glamer cepat? Moh la kite ramai2 letak nama panjang-panjang kat anak2 kita. Kita ibu bapa sedap2 ja letak nama panjang-panjang. Anak yang menanggung derita. Nak tulis lambat satu hal. Tak muat satu hal. ish3


0 comments:

Post a Comment