Kata-kata ini Pensel Petik telah petik dari seorang ustaz melalui akaun laman sosialnya dalam memberi komen tentang satu tragedi yang tercetus di negara kita pada hari ini iaitu kehilangan pesawat Boeing 777- MH370 sejak 9 Mac 2014 yang lalu.
________________________________________________________________________________
Saya rasa sedikit pelik dengan sebahagian orang kita yang kononnya SIMPATI tahap class A kepada mangsa MH370, sehingga seolah berkabung dan hanya boleh berdoa serta memaksa semua orang lain untuk DIAM DARI membicarakan tentang hal berkaitan dengan MH 370 ini, contohnya jika ada yang mengomen
- hal imegresen yang terlepas passport palsu,
- kelemahan agensi berita media yang bersimpang siur,
- keliru kualiti bacaan radar kita,
- bincang tahap efisyen pasukan penyelamat & cadangan tingkatkannya,
- kelemahan jurucakap yang buat statement kerana bercanggah,
- dan bincang kelemahan pengurusan dalaman MAS sendiri mungkin,
- Fikir tentang kos tambahan yang bakal ditanggung MAS disebabkan kehilangan ini dan lain-lain.
- hal imegresen yang terlepas passport palsu,
- kelemahan agensi berita media yang bersimpang siur,
- keliru kualiti bacaan radar kita,
- bincang tahap efisyen pasukan penyelamat & cadangan tingkatkannya,
- kelemahan jurucakap yang buat statement kerana bercanggah,
- dan bincang kelemahan pengurusan dalaman MAS sendiri mungkin,
- Fikir tentang kos tambahan yang bakal ditanggung MAS disebabkan kehilangan ini dan lain-lain.
Yang bercakap diTUDUH tak hormat, tak ada sensitiviti etc. Padahal ahli keluarga di Beijing sendiri sangat marah higga baling botol pada staff MAS. En Selamat, bapa kepada Mohd Khairul Azmi, 29, pula dilihat meninggikan suara kepada petugas MAS pagi tadi. Beliau berkata : "Selalunya jam 10 saya sudah mendapat maklumat tapi hari ini lewat lebih setengah jam macam itu, jadi saya marah."Adakah mereka tak hormat diri mereka sendiri?
Padahal, apa yang diceritakan TIDAK SESEKALI bermaksud TIDAK HORMAT keluarga atau gerakan pencari dan penyelamat etc. Malah sebahagiannya adalah tanda peduli dan perkongsian buah fikiran dan idea yang mungkin belum difikir oleh pihak berwajib. Dimaklumi mereka sedang sangat sibuk. Itulah sebenarnya sebahagian rintihan ahli keluarga yang dikongsi oleh pembaca awam yang inginkan yang terbaik dan kualiti.
Tak perlu juga kita menyuruh orang yang mencadang untuk buat kerja itu dan ini pula, sedang itu bukan tugasnya. Semua kita bebas mencadang dan beri pandangan untuk kebaikan bersama ASAL TIDAK memaki hamun.
Berbeza jikakalau ada yang mengutuk krew, pilot atau penumpang yang masih hilang, membuat spekulasi kapal terbang itu telah meletup, tenggelam, disorok bunian, hilang dalam Bermuda Triangle etc. Itu baru TIDAK HORMAT. Perlu berfikir dengan objektif BUKAN pukul rata. Tiada salahnya membincangkan dan memberikan cadangan membina dan keluhan dalam beberapa hal berkait MH 370 bagi menambah efisyen pihak berwajib dan agar peristiwa ini TIDAK BERULANG.
Berdoa dan simpati TIDAK SEMESTINYA, senyap dan hanya berdiam diri melihat kelemahan dan membiarkan masyarakat antarabangsa meratah imej negara kita. dan TIDAK SEMUA yang komen dan beri cadangan ada MUSLIHAT POLITIK PEMBANGKANG, kecuali dia ahli politik. Saya & ramai lagi bukan AHLI POLITIK. Saya dan ramai lagi kerap naik kapalterbang. Justeru tidak mahu peristiwa ini BERULANG
0 comments:
Post a Comment