Monday, March 10, 2014
2:51 AM 0

Wan Azizah Ganti Anwar Untuk PKR Kajang


Selepas mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menggantikan tempat beliau di dalam PRK Kajang.

Wan Azizah diumumkan sebagai calon di Bilik Gerakan PRK Kajang pada 12 tengahari tadi oleh Anwar Ibrahim sendiri. 

Wan Azizah bakal berdepan dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan.  

"Badan kehakiman diperalatkan UMNO untuk menghalang saya daripada bertanding. Oleh itu, saya terpaksa melantik isteri saya sendiri untuk bertanding bagi kerusi tersebut."
Kata Anwar. Beliau menambah akan terus berkempen seperti biasa untuk membantu isterinya bagi memenangi PRK tersebut.

0 comments:

Post a Comment