Friday, March 14, 2014
1:05 AM 0

PRK Kajang - Manifesto Wan Azizah


Manifestasi PKR dalam PRK N25 DUN KAJANG:

  • Pembangunan & Penyenggaraan Perbandaran
-Meningkatkan prestasi kutipan sampah dengan mengusahakan tapak pelupusan sampah dan sisa pepejal yang mesra alam.
-Perkenalkan kaunter aduan bergerak wakil rakyat di kawasan-kawasan perumahan pada setiap bulan.
-Setiap aduan akan dijawab secara bertulis.
-Pertemuan wakil rakyat, MPKj, ahli-ahli majlis,wakil penduduk zon-zon serta wakil-wakil persatuan penduduk DUN Kajang pada setiap bulan.

  • Tangani Masalah Kesesakan Lalulintas
-Melantik jururunding trafik bebas untuk menilai dan mengkaji penyelesaian kepada kesesakan lalulintas.
-Memperkenalkan talian Hotline Aduan Kerosakan seperti lampu isyarat untuk memastikan kerosakan dibaiki dalam tempoh 3 hari.
-Membina platform interaktif "Kajang Traffic Updat" melalui laman Twitter, Facebook dan SMS bagi membolehkan pengguna dan pihak berkuasa melaporkan keadaan trafik dari semasa ke semasa dan cadangan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.


  • Banteras Jenayah & Tingkatkan Keselamatan
-Menzahirkan persekitaran yang aman, sihat, dan mesra keluarga bagi mengurangkan faktor-faktor  yg menyumbangkan berlakunya kejadian jenayah.
-Menambahkan peruntukan kepada aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah berasaskan komuniti dan pendidikan kesedaran awam.
-Mewujudkan sistem amaran "Crime Alert" di mana maklumat kejadian atau suspek jenayah dikongsikan antara penduduk dan polis secara dua hala sebagai langkah keselamatan dan pencegahan.
-Memperbanyakkan program kemasyarakatan dan pendidikan kesedaran awam yang menemukan penduduk, wakil rakyat, dan pihak berkuasa melalui mesyuarat "Town Hall" dan Taklimat Keselamatan secara berkala.


  • Pembangunan Anak Muda dan Usahawan Kecil

-Mewujudkan Pusat Khidmat Kerja bagi menganjurkan program-program khusus latihan pekerjaan dan nasihat kerjaya kepada golongan muda.
-Memperkukuhkan peranan Penggerak Belia Tempatan bagi menyelaraskan aktiviti dan program golongan muda dan belia untuk menggalakan interaksi masyarakat setempat.
-Membawa sebuahh pasukan bola sepak yang beraksi di Liga  Malaysia ke Kajang dengan menjadikan Stadium Kajang sebagai stadium utama untuk latihan dan perlawanan.
-Meningkatkan peluang orang muda untuk menceburi perniagaan melalui program latihan leusahawanan percuma dan penyediaan kiosk-kiosk moden untuk peniaga kecil.

sumber-selangor kini.

0 comments:

Post a Comment