Monday, January 13, 2014
9:07 PM 0

Johor : Guru Agama Dipaksa Buka . . . .


Kota Tinggi - Ahli jemaah pengurusan sekolah yang hanya dikenali sebagai Pang, 60, bertindak 'gila' dengan menyuruh seorang guru wanita mualaf berusia 25 tahun membuka tudung untuk mengajar.

Keselamatan guru tersebut yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina turut diancam sekiranya enggan berbuat demikian.

Rentetan kejadian yang disifatkan biadap itu guru tersebut membuat laporan polis dan dikatakan bakal ditukarkan serta merta ke sekolah lain di bandar ini demi keselamatannya.

Tindakan kurang ajar Pang itu menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Teluk Sengat di sini yang rata-ratanya beragama Islam.


Mereka bertindak menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mengecam tindakan Pang tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff begitu kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama khususnya umat Islam.

Beliau juga berharap isu ini tidak berlarutan sehingga timbulnya isu perkauman yang nyata boleh menggugat keamanan negara.

0 comments:

Post a Comment