Saturday, January 11, 2014
11:39 PM 0

Sejarah Kekejaman Ariel Sharon


Pada tanggal 11 Januari, rakyat Palestin dengan gembira menyambut sebuah berita kematian seseorang.
Heboh pada hari ini tentang berita kematian Ariel Sharon iaitu mantan Perdana Menteri Israel setelah 8 tahun koma akibat serangan angin ahmar. Memang semua orang mengenali Sharon sebagai perampas kesejahteraan rakyat bumi Palestin sejak dulu lagi dan kerana itulah dia digelar "The Bulldozer". Hari ini Pensel Petik ingin kongsi secara ringkas sejarah kekejaman mantan Perdana Menteri Israel ini yang terkenal dengan sifat keras kepala, degil dan tidak bertolak ansur..

Sebelum menjadi ahli politik, dia telah terlibat dalam semua peperangan besar negaranya itu. Kariernya sebagai ahli politik dipenuhi pelbagai  kontreoversi dan kemuncaknya adalah apabila dia diserang angin ahmar yang mengakibat koma sehingga menemui ajalnya.



Pada 2001 Sharon dinobatkan sebagai Perdana Menteri Israel. Perkara ini telah mendatangkan kecaman dari orang ramai kerana pada 1982 dialah yang bertanggungjawab terhadap serangan ke atas perlarian Palestin di kem Sabra dan Shatila. Sebagai generasi Zionis dia membawa bersama cita-cita untuk menegakkan negara Israel. Impak daripada fenomena Sharon begitu besar terhadap rakyat Palestin dan sehingga kini masih dirasai.

Anda kenal tembok pemisah di Tebing Barat? Anda rasa siapa yang membinanya? Ya. Dialah yang membinanya pada 2002.  

Pada seawal usia 17 tahun darah Zionis yang mengalir di dalam badannya mula bergelora. Dia menyertai Haganah(kumpulan bersenjata) yang bervisi untuk menegakkan negara Israel. Kumpulan ini telah menjadai satu ketumbukan tentera Israel tidak lama kemudian. 

Sharon telah terlibat dalam beberapa serangan ke atas tentera Arab termasuk insiden di perkampungan Qibya dekat Ramallah pada 1953. Di mana insedin tersebut telah menyebabkan 60 orang awam di Palestin terbunuh. Sharon juga telah mengetuai pasukan kereta kebal tentera Israel dalam Perang Enam Hari 1967 ketika Israel merampas Tebing Barat dan Gaza termasuk Baitulmaqdis dan Bukit Golan.

Lima kemudian, dia mula menceburi bidang politik dan mengasaskan Parti Likud yang berhaluan kanan dan di pimpin oleh Menachem Begin yang mula memerintah pada 1977. Setahun tahun selepas itu, dia dipanggil untuk menyertai pasukan tentera merentas Terusan Suez sebagai ketua dalam Perang Yom Kippur pada 1973. 

Dia bertanggungjawab membuka petempatan Yahudi di Tebing Barat ketika menjadi menteri pertanian Israel dan menjadi dalang pencerobohan Lubnan di mana tentera Israel mengepung ibu pejabat Pertubuhan Pembebesan Palestin(PLO) di Beirut ketika menjawat jawatan menteri pertahanan. Namun dia dipecat daripada menjadi menteri pertahanan ekoran peristiwa berdarah di Sabra dan Shatila.

Dia mengambil alih puncak pimpinan Parti Likud pada 1999 sebagai di pandang dan dari situlah bintang kezaliman politiknya mula membara. Pada tahun berikutnya, lawatannya ke Masjid al-Aqsa yang menjadi titik krisis Israel-Palestin telah menyebabkan kecaman dari dunia Islam dan rakyat Palestin.

Dengan kempen untuk menangai isu "Zionist dilabelkan sebagi pengganas", Sharon telah memenangi pilihanraya pada 2001. Dia membuat gerakan mengepung pejabat PLO di Ramalah dan memlepaskan Yasser Arafat untuk mendapat rawatan di Perancis sebelum meninggal tidak lama kemudian. 

Sharon mengambil langkah mengundurkan tentera rejim dan pendatang Yahudi daripada wilayah Gaza ekoran berkira-kira bahawa mereka tidak akan mampu menjadi kelompak majoriti di wilayah tersebut. Dengan tindakannua itu, dia dituduh sebagai pembelot dan mengambil keputusan meninggalkan Parti Likud dan menubuhkan Parti Kadima dengan manifestasi untuk membuat pengunduran lebih banyak daripada Tebing Barat.

Enam minggu kemudia, pada 4 Januari 2006 dia mendapat serangan angin ahmar dan tidak sedarkan diri sehinggalah kematiannya hari ini(12 Januar 2014).

0 comments:

Post a Comment