Monday, January 13, 2014
9:10 PM 0

Ritual Aneh:Berendam Sambil Peluk Blok Ais

Jepun merupakan sebuah negara yang amat terkenal dengan disiplin, kecanggihan terknologi dan kebersihan. Malah mereka tidak mengambil masa yang lama untuk kembali membangaun selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Walaupun mereka dibawa arus urbanisasi yang deras, namun amalan-amalan tradisional mereka tidak pernah ditinggalkan. 

Salah satu amalan tradisional yang masih diamalkan oleh mereka sehingga kini iaitu ritual berendam sambil memeluk bongkah ais yang digelar Festivel Kanchu Misogi. Walaupun amalan ini begitu pelik, namun mempunyai motif dan objektif yang tersendiri. Menurut mereka, amalan ini bertujuan membersihkan jiwa raga dan mendekatkan diri dengan roh yang membawaw tuah selain dari sudut fizikal dapat meningkatkan stamina dan kekuatan diri.


Seramai 100 orang telah mengambil bahagian dalam Festival Kanchu Misogi di Tokyo baru-baru ini. Walaupun suhu hanya sekitar 6 darah celcius namun para peserta ritual tetap berani untuk berendam hanya memekai seluar dalam. 
   

0 comments:

Post a Comment