Pelawak dan juga pelakon Jepp dari kumpulan pelawak Sepahtu menceritakan pengalaman pahit manisnya sebagai anak seni.
Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata dia pernah beberapa kali dilamar oleh peminat di laman sosial seperti Twitter dan aplikasi Wechat.
Dia mengatakan tidak pernah membalas lamaran tersebut semata-mata mahu menjaga hati mereka yang melamarnya.
"Kalau saya cakap lebih-lebih nanti orang cakap saya syok sendiri pula. Tapi memang betul la ada beberapa peminat yang nak jadi isteri saya",ujar Jepp.
Jepp bersama ahli kumpulan Sepahtu, Shuib dan Rahim
Dalam menjaga hati orang sekeliling, Jepp bagaimanapun meluahkan rasa kesalnya apabila membaca laporan akhbar harian menerusi ruangan pojok yang mendedahkan sikapnya yang mula bangga diri dengan kejayaan yang dimilikinya ditambah pula dia dikatakan seringkali melukakan hati ahli-ahli kumpulannya yang dianggotai Shuib dan Rahim.
Laporan itu benar-benar mengaibkan dirinya kerana dia bukanlah jenis orang yang suka melukakan hati rakan-rakan.
Jepp juga berharap selepas ini tiada lagi khabar angin negatif tersebar mengenai dirinya. Dalam perkembangan lain, Jepp bersama Sepahtu giat membuat persiapan bagi persembahan di Maharaja Lawak Mega minggu sepuluh.
0 comments:
Post a Comment