Wednesday, April 2, 2014
9:37 PM 0

TV Jadi Punca Suami Pijak Perut Isteri Sarat Mengandung!!


Biasa didengari rata-rata terjadinya pertelingkahan antara suami isteri berpunca daripada masalah wang ringgit dan keinginan si suami untuk berpoligami.

Akan tetapi lain pula ragamnya yang berlaku di Ampang, Selangor apabila seorang suami sanggup memijak isteri gara-gara menguatkan bunyi televisyen.

Lebih menyayatkan hati, isteri malang tersebut dipijak diperut ketika sedang sarat mengandung enam bulan.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 9 malam Ahad lalu di sebuah pangsapuri di sini ketika pasangan berkenaan yang baru mendirikan rumah tangga berada berdua di rumah sebelum berlaku pertengkaran.

Mangsa yang pada mulanya disuruh suami untuk memperlahankan bunyi televisyen menurut perintah suaminya itu.

Namun, mangsa bertindak meninggikan kembali bunyi televisyen tersebut setelah mengetahui suaminya ingin keluar bermain snuker.

Tindakan mangsa itu membuatkan suaminya berang dan mendakwa mangsa bersikap kurang ajar dan sengaja mencabar kesabarannya.

Bagaimanapun, mangsa menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk bersikap kurang ajar dan menyangka suaminya itu telah keluar.

Suami mangsa tidak mengendahkan penjelasan isterinya itu lalu bertindak memukul tangan mangsa dengan kuat hingga mengakibatkan kecederaan.

Tidak cukup dengan itu, suami yang sedang 'naik minyak' seperti binatang buas itu mengamuk tidak tentu pasal dan bertindak memijak perut mangsa tanpa memikirkan mangsa itu adalah isterinya yang sedang sarat mengandungkan anaknya.

Mangsa yang kesakitan hanya mampu meraung dan merayu agar suaminya berhenti memijak perutnya sebelum suami tersebut meninggalkan isteri malang tersebut dalam kesakitan.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya itu nekad membuat laporan polis dan susulan itu, polis menahan suami mangsa yang berusia 20-an untuk membantu siasatan.

0 comments:

Post a Comment