Wednesday, April 2, 2014
10:14 PM 0

Kami Tak Sembah Kotak Hitam


Kali ini kami ingin kongsikan suatu dialog  seorang pemuda Islam bersama seorang pemuda Yahudi. Dialog mereka ini cukup penting dibaca oleh orang Islam dan juga orang bukan Islam agar kita semua dapat memahami konsep kiblat umat Islam.

Pemuda Yahudi itu bertanya kepada pemuda Islam: 
"Kenapa orang Islam sembah Kaabah?"

Pemuda Islam itu menjawab dengan tenang: 
"Kamu sudah salah faham tentang Islam. Kami bukan sembah Kaabah, tapi kami sembah Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa."
Pemuda Yahudi itu bertanya lagi seolah-olah dia belum mendapat jawapan yang dia ingini:
"Saya tengok orang Islam sembahyang menghadap Kaabah. Adakah Tuhan kamu ada di dalam kotak hitam besar itu?"
(Tiba-tiba telefon bimbit pemuda Yahudi tadi berdering) Lantas dijawabnya panggilan tersebut terus berbual-bual sambil tertawa keriangan (maklumlah kekasih hati yang menelefon). Selepas itu, dia tamat berbual dengan kekasih hatinya di telefon dan terus berkata:
"Maafkan saya. Oh, kamu belum menjawab pertanyaan saya tadi."
Terus pemuda Islam tadi menjawab:
"Saya rasa, saya tidak perlu menjawab soalan tersebut."
Pemuda Yahudi tadi berkata sambil tertawa:
"Saya dah agak, pasti sukar bagi kamu untuk menjawab soalan ini."
Dengan tenang pemuda Islam tadi menjawab:
"Tidak, bukan begitu. Sebenarnya kamu sudah tahu konsepnya, dan kamu sudah tahu jawapan kepada semua ini." 
Dalam keadaan hairan pemuda Yahudi tadi berkata lagi:
"Saya betul-betul tidak faham apa yang kamu cuba katakan ini."
Pemuda Islam tadi berkata lagi:
"Tadi kamu menjawab telefon kamu yang berbunyi. Kemudian kamu bercakap sendirian malah tertawa sendirian. Oh, ya satu lagi, kamu siap berkata "i love you" dan mencium telefon kamu."
Dalam nada yang sedikit tinggi pemuda Yahudi tadi berkata:
"Tadi saya berbual dengan teman wanita saya. Bukannya bercakap seorang diri la."
Pemuda Islam bertanya lagi:
"Teman wanita kamu? Saya tidak nampak pun teman wanita kamu? Kita berdua sahaja yang berbual di sini."
Kemudian pemuda Yahudi tadi membalas:
"Saya berbual dengan dia menerusi telefon. Dia ada di rumahnya. Apa masalah kamu?"
Pemuda Islam:
"Boleh saya tengok telefon bimbit kamu tadi?" 
Pemuda Yahudi tadi memberi telefon bimbitnya kepada pemuda Islam tersebut dengan kehariranan. Terus pemuda Islam tadi melihat-lihat telefon bimbit tersebut seolah-olah mencari sesuatu pada telefon bimbit tersebut. Dia menggoncang-goncang telefon tersebut, tidak cukup dengan itu diketuk-ketuknya telefon tersebut pada meja sehinggalah sampai satu tahap dia menghempaskannya ke lantai.

Dalam nada yang agak marah pemuda Yahudi tadi berkata:
"Apa masalah kamu ni?"
Dengan selamba pemuda Islam tadi berkata:
"Saya cuba mencari teman wanita kamu. Kamu cakap kamu berbual dengan dia menerusi telefon ini."
Pemuda Yahudi tadi berkata lagi:
"Kamu memang ketinggalan zaman. Sekarang zaman moden, teknologi serba canggih. Kita boleh berbual dengan orang lain yang ada di tempat lain dengan menggunakan telefon. Takkan kamu tak tahu pasal ni!"
Denga tersenyum pemuda Islam tadi menerangkan:
"Begitulah juga sebenarnya konsep kami sembahyang menghadap Kaabah. Tuhan kami tidak berada di dalam kotak hitam itu, itu hanyalah arahan Tuhan kami untuk menghadap Kaabah apabila beridah kepada-Nya. Begitu juga konsep telefon bimbit tadi, kamu bercakap dengan teman wanita kamu di telefon bimbit. Itu tidak bermakna teman wanita kamu berada di dalam telefon bimbit itu bukan. Telefon bimbit itu cumalah alat perhubungan antara kamu dan teman wanita kamu sebagaimana jua kami umat Islam menyembah Allah dengan menghadap Kaabah. Itulah konsepnya, itulah jawapan kepada persoalan kamu tadi di mana kamu sendiri sudah tahu konsepnya bukan?"

0 comments:

Post a Comment