Sultan Hassanal Bolkiah
Brunei Darussalam yang diperintah oleh Sutan Hassanal Bolkiah sudah mula melaksanakan hukum hudud iaitu undang-undang yang berteraskan syariat Islam bermula Selasa lalu.
Brunei muncul sebagai negara Asia Timur pertama yang melaksanakan hukum hudud seterusnya memperlihatkan seluruh rakyatnya termasuk yang bukan Islam turut tertakluk di bawah undang-undang tersebut.
Sultan Brunei sendiri telah menyelia peralihan undang-undang itu yang antaranya memperuntukkan hukuman berasaskan undang-undang Islam.
Ini termasuklah hukuman berkenaan dengan salah laku seperti mencuri, merompak, berzina, merogol, minum arak, meliwat dan tidak terkecuali berkenaan dengan penglibatan dalam kegiatan songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Sebelum ini, Brunei telahpun melaksanakan undang-undang syariah yang berpandukan ajaran agama Islam, namun hanya terhad kepada masalah yang melibatkan perkahwinan, wasiat dan keluarga Islam.
Walaubagaimanapun bermula Selasa lalu, perundangan Islam itu diperluaskan lagi di seluruh Brunei dengan melibatkan hukuman seperti direjam sampai mati akibat berzina dan sebatan jika melakukan pengguguran bayi.
0 comments:
Post a Comment