Kemusnahan harta benda akibat Tsunami di Chile
Gempa bumi sekuat 8.2 pada skala Ritcher itu mencetuskan tsunami setinggi dua meter dan mengakibatkan kemusnahan teruk pada kawasan sekitar pantai utara Chile selain terdapat beberapa orang telah terkorban.
Agensi berita, NBC News melaporkan seramai 900,000 orang penduduk terpaksa melarikan diri ke kawasan tinggi untuk mengelak 'dibaham' tsunami yang mencecah setinggi dua meter itu.
Kejadian yang berlaku pada 8.45 malam waktu tempatan di Chile turut mengakibatkan amaran tsunami dikeluarkan di beberapa buah negara berhampiran seperti Ecuador dan Peru.
Indonesia yang pernah terjejas teruk akibat bencana tsunami turut memberi amaran kepada rakyatnya agar menjauhi kawasan berhampiran pantai.
Turut dilaporkan, kira-kira 300 banduan wanita melarikan diri daripada penjara yang terletak di bahagian utara bandar Iquique ketika dalam keadaan kelam kabut.
0 comments:
Post a Comment