Dalam satu kuliah maghrib, Ustaz Azhar Idrus (UAI) pernah bertanya kepada jemaah yang hadir di situ tentang apakah perkara yang paling seronok di dunia. Antara jawapan para jemaah tentang perkara yang paling seronok di dunia ini termasuklah kahwin, solat, khusyuk, malah ada yang menjawab jimak. Lalu UAI berkata, lain kali jika ada orang tanya apakah perkara yang paling seronok di dunia? Jawablah mati syahid.
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (gugur syahid) di jalan Allah itu mati,bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan dikurniakan rezeki. (dan juga) Mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) tiada kebimbangan (berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman". [Ali-Imran:169-171]Jelas daripada firman Allah SWT di atas menunjukkan bahawa, ganjaran bagi orang yang mati syahid amat besar. Sehinggakan jenazah orang yang mati syahid tidak perlu dimandikan menunjukkan bahawa kedudukan orang yang mati syahid amat tinggi di sisi Allah SWT.
Mari kita lihat antara wajah-wajah indah senyuman para syuhada di Mesir.
Subhanallah. Sungguh indah senyuman para syuhada ini. Semoga Allah SWT memenangkan para mujahidin yang menegakkan agama Allah di seluruh muka bumi ini. Insya Allah, amin.
0 comments:
Post a Comment