Sunday, April 20, 2014
1:28 PM 0

Cara-cara Menghindari Fitnah Dajjal


Tidak perlu diceritakan panjang lebar, sememangnya kebanyakkan dari kita sudah tahu bahawa kita sekarang ini berada di zaman fitnah Dajjal. Selalu Rasulullah SAW sebut tentang umat akhir zaman yang sebenarnya merujuk kepada kita semua. Untuk memastikan diri kita tidak terperangkap dengan syurga Dajjal iaitu neraka Allah SWT, marilah kita mengambil beberapa obligasi atau modus operandi bagi menglakkan diri daripada fitnah al-Masih Dajjal ini.

Antaranya adalah:

1. Menghafal surah al-Kahfi. Jika tidak mampu menghafal keseluruhannya, hafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir surah tersebut. Jika anda membaca beberapa perbincangan lain tentang menghindari fitnah Dajjal, langkah inilah yang paling disarankan oleh para ulama. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Barang siapa yang menghafal 10 ayat terawal surah al-Kahfi, maka dia terhindar daripada fitnah Dajjal." [Muslim,Ahmad,Abu Daud, Tirmidzi]
2. Selepas solat, amalkanlah membaca doa ini:



Mafhum doa di atas:
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab api Neraka Jahannam, azab kubur, dari fitnah hidup dan mati serta buruknya fitnah Dajjal."
3. Berlindung di Kota Madinah dan Kota Mekah. Hal ini kerana, dua kota ini tidak akan dimasuki Dajjal.

4. Jika tidak mampu untuk melakukan ketiga-tiga perkara di atas, hendaklah dia melarikan diri daripada Dajjal kerana perkara ini tidak akan membahayakan di samping berdoa dan berzikir kepada Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment