Wednesday, March 26, 2014
1:40 AM 0

Telefon Bimbit Serta Internet Haram Diguna Selepas 9 Malam?!!

Lihatlah bandar Tokyo yang serba maju ini bakal mempunyai rakyat tanpa telefon bimbit

Bayangkan hidup anda pada masa kini yang dikelilingi kemudahan teknologi dan perhubungan tanpa wayar hanyalah sekadar hiasan semata-mata sehingga ada larangan penggunaannya.

Pastinya tidak boleh duduk diam terutama para remaja yang kini lebih gemar menyibukkan diri berhubung melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Hakikatnya inilah bakal terjadi pada remaja yang berada di Tokyo, Jepun apabila dilarang menggunakan telefon bimbit selepas jam 9 malam bagi menyokong usaha murni kerajaan membanteras masalah pembulian siber.


Selain itu, usaha ini juga diharapkan dapat mengurangkan aktiviti remaja kini yang banyak menghabiskan masa bersosial menggunakan telefon bimbit justeru dapat mengekang gejala negatif lain akibat penggunaan telefon bimbit.

Walaubagaimanapun, ibu bapa tidak akan dihukum atau didenda jika anak-anak mereka tidak mematuhi peraturan berkenaan. Ibu bapa sebaliknya diminta mengambil telefon bimbit anak-anak mereka selepas jam 9 malam dan memantau penggunaan laman web anak mereka.

0 comments:

Post a Comment