Wednesday, March 26, 2014
2:57 AM 0

Persoalan Mengenai Misteri Laut Mati Yang Tiada Jawapan


Secara umum mengetahui mengenai Laut Mati yang mempunyai kuantiti mineral garam yang terlampau banyak bagi sesebuah lautan.

Tapi sedarkah anda mengenai letaknya Laut Mati ini pada titik paling rendah di muka Bumi ini. Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Tebing Barat dan Jordan.

Pantainya berada di kedudukan 418 meter dari bawah aras laut yang mana merupakan kedudukan terendah di atas dataran dunia dan juga tasik masin terdalam di dunia dengan kedalaman 330 meter.

Air dari laut ini mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7% bersamaan dengan 8.6 kali lebih masin dari air laut biasa.

Laut Mati mampu mengapungkan objek lebih berat dari manusia dengan kepekatan 
garam yang tinggi di dalam airnya

Percaya atau tidak, tiada seorang pun hamba Allah dipercayai pernah menyelam hingga berjaya sampai ke dasar Laut Mati dan sehingga hari ini tiada siapa pun mengetahui apa sebenarnya yang wujud di dasar laut misteri ini.

0 comments:

Post a Comment