Thursday, March 27, 2014
3:07 PM 0

Sweetnya Allah SWT; Ujian Tanda Sayang


Sebagai manusia biasa sememangnya kita inginkan kehidupan yang baik dan sentiasa dilimpahi oleh nikmatnya. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Lalu Allah kurniakan nikmat-nikmatNya kepada hambaNya yang dikehendaki-Nya.

Apabila dilimpahi dengan nikmatnya, kita pun mulalah leka, lupa kepada Allah, lupa untuk bersyukur. Kemudian Allah menarik kembali nikmatnya dari kita. Selepas itu barulah kita sedar bahawa segala nikmat yang kecapi adalah bukan milik kita. Kita itulah kita akan mula ingat kepada Allah. Begitulah sweetnya Allah apabila Dia merindui hamba-Nya.

“Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” [Al-Baqarah 2:286]

Apabila kita diberi nikmat kesihatan, kita mampu untuk membuat kerja, mampu melakukan segala aktiviti harian, dan sibuk dengan hal dunia. Ketika itu lupa kepada Allah. Kemudian Allah timpakan kita penyakit membuatkan kita tidak berdaya lagi untuk melakukan aktiviti harian kita, ketika itulah keluarnya perkataan "Allah" dari mulut kita. Begitulah sweetnya Allah apabila Dia merindui hamba-Nya untuk merintih kepadanya.Kerana inilah ada alim ulama sehingga melafazkan Alhamdulillah apabila ditimpa musibah kepadanya. Dia tahu bahawa Allah merinduinya, Allah masih sayang kepadanya.

"Syurga dipagari dugaan dan ujian sedang neraka itu dipagari kesenangan serta kenikmatan."

Sememangnya ujian dari Allah itu merupakan tanda sayang Allah kepada kita. Dia rindu untuk kita merintih kepadaNya, Dia rindu mendengar doa-doa kita kepadaNya, Dia rindu kita untuk memuji dan memujaNya. Malah dugaan dan ujian dari Allah merupakan tanda Allah ingin menjemput kita ke syurgaNya jika kita bersabar menghadapi ujianNya itu.


Pernah berlaku kepada seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di mana dia diberi ujian penyakit membuatkan dia tidak mampu untuk hadir ke kuliah dan membuat aktiviti lain. Namun dia tetap bersabar dan terus berdoa kepada Allah. Berbagai ikhtiar dilakukannya termasuklah menjumpai beberapa doktor pakar bagi merawat penyakitnya itu. Namun penyakitnya itu masih tidak sembuh. Dia mengamalkan membaca al-Quran pada setiap malam, menunaikan solat tahajud dan berpuasa.

Sehinggalah pada suatu ketika dia merasa begitu sakit, seolah-olah ajalnya sudah sampai, dia menggagahkan diri untuk bangun dari tempat solatnya itu dan berbaring di atas katil dan terlelap tidak lama kemudian. Ketika tidur itu, dia bermimpi bertemu Rasulullah. (Cerita lengkap mengenai kisah pelajar ini akan digambarkan dengan lebih lanjut pada post yang lain, InsyaAllah.)

Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah apabila Allah menguji kita jangan kita terus hilang sabar. Ingatlah, ujian itu tanda Allah sayang kepada kita. Pasti ada hikmah disebaliknya.

0 comments:

Post a Comment