Wednesday, July 16, 2014
3:05 AM 0

GEMPAR!! Hujan Batu Sebesar BOLA GOLF Menghempas Pengunjung Di Pantai


Aktiviti beriadah bersama keluarga serta sahabat handai menjadi tragedi yang 'pahit' dan tidak terduga bagi para pengunjung sebuah pantai. 

Ini berikutan terjadinya fenomena 'hujan batu' yang amat dahsyat dengan ketulan-ketulan seperti ais sebesar bola golf jatuh dari langit menyebabkan suasana menjadi haru biru melihatkan semua pengunjung pantai bertempiaran lari. 

'Hujan batu' berlaku di pantai Ob River, Siberia ketika para pengunjung pantai tersebut sedang leka berseronok sambil bermandi manda. 

Melalui rakaman video yang disebarkan di YouTube, pengunjung pantai tersebut yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak bertempiaran lari sambil menjerit dan menangis ketakutan ketika mencari tempat untuk berlindung.

 Jelas kelihatan melalui rakaman ketika kejadian tersebut ketulan batu sebesar bola golf menghempap orang ramai yang tidak sempat berlindung. Mari sama-sama kita lihat rakaman sebenar di tempat kejadian.


sumber : #kosmo.com

0 comments:

Post a Comment