Dalam banyak-banyak manusia yang dianggarkan hampir 7 billion hanya 2 orang sahaja yang brtuah dapat mengetahui rahsia sulit ini. Apalah yang rahsia sangat ni? Agenda Amerika bersama Yahudi ke? Rahsia ketenteraan ke?
Yang sebenarnya ingin diceritakan oleh admin di sini ialah mengenai resepi makanan yang mungkin menjadi kegemaran anda semua iaitu KFC.
Bukan sekadar propaganda nak tunjuk yang KFC ini hebat tapi itulah hakikat sebenarnya. Dikatakan hanya 2 orang eksekutif sahaja mengetahui serta menyimpan rahsia resepi tersebut.
Salinan asli resepi tersebut yang ditandatangani sendiri oleh Colonel Sanders (pengasas KFC) disimpan rapi di dalam satu ibu pejabat bersama-sama 11 botol rempah ratus rahsia.
Rempah ratus tersebut selalunya akan dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika untuk lebih menyulitkan rahsia ini agar terus kekal rahsia. Tidak cukup dengan itu, resepi tersebut disimpan pula di ibu pejabat yang mempunyai sistem keselamatan setaraf bank-bank terkemuka di dunia.
0 comments:
Post a Comment