Thursday, March 27, 2014
8:43 AM 0

Pesanan Buat Muslimin Dan Muslimat Sekalian . . . .


Hidup kita ini sebagai hamba Allah hanyalah bersifat sementara. Sentiasalah persiapkan diri di dunia ini dengan amal ibadat serta ilmu yang bermanfaat agar tenang di alam akhirat yang kekal abadi kelak. Sebagai saudara admin ada beberapa pesanan yang dapat dijadikan renungan buat kita semua.

1. Janganlah kita berbangga berkulit putih kerana kulit terakhir bagi kita kelak ialah TANAH LIAT.

2. Janganlah kita berbangga dengan rumah besar yang kita miliki di dunia kerana rumah terakhir kita
    ialah KUBUR.

3. Janganlah kita berbangga dengan pakaian seksi dan mahal-mahal kerana pakaian terakhir kita ialah
    KAIN KAFAN.

4. Janganlah kita berbangga dengan kereta dan motosikal yang besar-besar kerana kenderaan terakhir kita
    pastinya KERANDA.

5. Janganlah juga kita terlalu berbangga dengan minyak wangi berjenama yang baru kita beli kerana
    wangian terakhir bagi kita sudah tentu KAPUR BARUS.

p/s : sekadar renungan dan peringatan untuk semua..yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk
       datangnya dari kekhilafan saya sendiri..wassalam : )


0 comments:

Post a Comment