Wednesday, March 26, 2014
10:22 AM 0

Hadis: Amalan Yang Memasukkan Ke Dalam Syurga


Hadis Nabawi:

Daripada Muaz bin Jabal r.a, dia berkata, "Saya pernah bersama Nabi SAW dalam suatu perjalanan. Suatu pagi, saya berada dekat dengan baginda, saya berkata, "Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepadaku tentang suatu amal yang akan memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka." Baginda menjawab, "Kamu telah menanyakan kepadaku tentang perkara yang besar, walaupun sesungguhnya ia merupakan perkara ringan bagi orang yang telah Allah jadikan ringan baginya, amalan itu adalah kamu beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, kemudia menunaikan haji ke Baitullah." Lantas baginda bersabda, "Mahukah kamu aku tunjukkan pada pintu-pintu kebaikan? Amalan itu adalah puasa, puasa adalah perisai, sedekah akan menghapuskan kesalah sebagaimna air memadamkan api, dan solat seorang lelaki pada pertengahan malam." Lantas Baginda bersabda lagi, "Mahukah kamu aku tunjukkan pokok agama, tiang dan puncaknya?" Aku menjawab, "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda, "Pokok agama adalah Islam, tiangnya solat, sedangkan puncaknya adalah jihad."

(Hadis Riwayat At-Tirmizi, Sunan At-Tirmizi, Juz 5, No. Hadis, 2616, 1397H, 1977 M:11-12)

Menerusi hadis ini kita boleh nilai bahawa orang Islam yang melaksanakan rukun Islam dengan sempurna tanpa menyukutukan Allah akan mendapat syurga Allah di akhirat kelak.

0 comments:

Post a Comment