Wednesday, March 26, 2014
5:29 AM 0

Hangat!! Hanez Suraya Terima Ancaman Dibaling Telur Busuk

Hanez dikatakan hangat bermadu kasih dengan suami orang

Pelakon wanita popular Malaysia yang kini penuh dengan gosip dan kontroversi, Hanez Suraya makin dikecam hebat oleh pelbagai pihak berikutan kes hubungan cintanya bersama suami orang. 

Kes ini dikatakan terus berlanjutan dan dilihat tidak mampu untuk menyejukkan hati segellintir individu biarpun sidang media telah diadakan bagi menjelaskan perkara yang sebenar. 

Malah lebih parah lagi ada yang sanggup memberi ancaman untuk membaling telur busuk dan kasut kepadanya ketika pementasan Projek Kahwin di Istana Budaya. 

Biarpun berhadapan dengan pelbagai ancaman dan tidak kurang juga tohmahan dari peminat, Hanez tetap meneruskan kehidupannya. Kadangkala perlu juga dia berwaspada ketika keluar rumah dan memastikan dirinya sentiasa berteman.

0 comments:

Post a Comment