Sunday, March 23, 2014
8:50 AM 0

22 Tanda Kiamat Akan Tiba Tidak Lama Lagi


Sejak kebelakangan ini, topik tentang kiamat semakin menjadi buah mulut umat Islam di seluruh dunia. Bukan sahaja umat Islam, malah orang-orang bukan Islam turut terlibat dalam membincangkan hari yang telah dijanjikan akan berlaku di dalam al-Quran. Namun, tarikh berlakunya hari kiamat tidak di dedahkan oleh Allah SWT dan Rasulullah, fikiran  manusia biasa sememangnya terbatas untuk menduga tarikh berlakunya hari kiamat secara tepat. 

Kita boleh lihat bagaimana kaum Mayan yang dikatakan sangat bijak di dalam ilmu astronomi dan mereka mempunyai rekod yang baik dalam menduga kejadian-kejadian alam yang bakal berlaku di bumi dengan tepat sebelum ini. Namun, dugaan mereka terhadap hari kiamat telah meleset dan seluruh manusia pada zaman ini menjadi saksi kepada janji Allah bahawa pengetahuan tentang bila berlakunya hari kiamat hanya berada di sisi-Nya. Subhanallah.
Walaubagaimana pun, Rasulullah SAW telah membocorkan sekurang-kurangnya 22 tanda kiamat agar umat-umatnya bersedia untuk menghadapi hari tersebut.

22 tanda kiamat tersebut adalah;

1. Umat Islam mula meninggalkan solat. Solat merupakan amalan pertama manusia yang akan dihisab oleh Allah SWT pada hari akhirat. 

2. Perbohongan atau penipuan semakin berleluasa. Penyakit ini menjadi keperluan kepada manusia dan mereka menganggap ia sebagai keperluan utama untuk terus 'survive'.

3. Orang-orang yang jahil menjadi pemimpin. Mereka hanya mengeluarkan fatwa-fatwa yang sesat.

4. Kebenaran akan dianggap kejahatan, dan kejahatan akan dianggap kebenaran. Yang hak dianggap batil, yang batil dianggap hak.

5. Keinginan hawa nafsu terus disajikan melalui media-media.

6. Zakat dianggap beban.

7. Orang alim merintih kerana maksiat disekelilingnya namun mereka tidak mampu mengubahnya.

8.  Hujan turun bukan pada musimnya dan hujan yang turun tidak memberi kebaikan kepada penduduk di bumi.

9. Fenomena homoseksual berleluasa.

10. Golongan perempuan menguasai lelaki menggunakan ilmu hitam, guna-guna, dan sebagainya.

11. Anak-anak menderhakai ibu bapa.

12. Kawan disangka lawan, musuh dijadikan teman.

13. Manusia bangga melalukan dosa.

14. Masjid tersergam indah, namun tiada ahli ibadah di dalamnya.

15. Ramai yang solat tetapi mereka hanyalah munafik(berpura-pura).

16. Datang manusia dari Barat, mereka menguasai iman orang yang lemah dan ramai yang mengikut gaya hidup mereka.

17. Al-Quran hanya dijadikan hiasan.

18. Banyak berlaku pembunuhan dan peperangan.

19. Penganut Islam sendiri tidak mahu menegakkan Islam.

20. Riba berleluasa.

21. Penyanyi wanita semakin ramai.

22. Orang yang berada pergi ke haji hanya untuk melancong, yang sederhana untuk meniaga, yang miskin meminta sedekah.

0 comments:

Post a Comment