Berita sensasi mengenai bersatunya semula penyanyi sensasi remaja yang mencetuskan fenomena Justin Bieber dengan kekasihnya yang juga penyanyi Selena Gomez menyerikan kembali industri muzik di Hollywood.
Ramai peminat-peminat yang menerima berita ini dengan bibir yang tersenyum. Tidak kurang juga yang membantah mereka bercinta semula termasuklah sahabat baik Selena Gomez sendiri iaitu penyanyi yang terkenal dengan lagu Love Story, Taylor Swift. Taylor yang selama ini melarang sahabatnya itu kembali berbaik semula dengan Justin pastinya berang jika berita ini diketahuinya.
Sebelum ini, berita mengenai Justin dan Selena kembali bercinta diketahui apabila mereka berdua dilihat bermesraan di Calabassas, California pada Khamis lalu.
0 comments:
Post a Comment