Sunday, January 5, 2014
10:49 PM 0

Janji Lana Nordin Tidak Mahu Tampil Seksi


Cinta kilat Lana Nordin dengan pelakon yang penuh kontroversi Johan As'ari tiba-tiba sahaja melonjakkan nama aktres ini. Terkenal dengan gelaran Pamela Anderson Malaysia kerana sering berpakaian seksi selain mempunyai susuk tubuh yang menggiurkan, Lana secara tiba-tiba menjadi buruan media dan akhbar susulan daripada pengakuan pelakon Johan As'ari bercinta dengannya.

Beberapa bulan selepas itu kecoh pula satu Malaysia mengatakan Luna dengan Johan telah berpisah. Biarpun perkara itu amat pahit untuk ditelan, namun bagi Lana berputus asa bukanlah jalan penyelesaiannya. Malah dikatakan perkara yang berlaku ini menjadi motivasi dirinya untuk menjadi lebih kuat dan matang dalam menempuh masa akan datang.

Tidak cukup dengan itu, Lana menyatakan apa yang terjadi ini tidak akan menjadi penghalang baginya untuk melebarkan kerjaya seninya.

 Lana dalam usahanya untuk berubah telah mengenakan tudung pada penampilannya
"Saya tidak mahu lagi dilabel sebagai artis seksi, insya-Allah saya akan berubah perlahan-lahan dan tidak mahu tampil seksi lagi," janji Lana.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu berubah secara mendadak kerana bimbang dikatakan hipokrit. Lana bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa berada di belakangnya untuk memberi sokongan kepadanya walaupun diri sedang dilanda pelbagai kontroversi liar.

p/s : harap2 menjadi la ye nak berubah..jgn sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' sudah..kalau bertudung camni nak buat calon isteri pun tak teragak-agak..sejuk mata memandang..comey lagi tu..peace yo!

0 comments:

Post a Comment