Sunday, January 5, 2014
7:48 PM 0

Sari Yanti Guna Bedak RM10 je?


PEMENANG Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2008, Sari Yanti membuat kenyataan ringkas mengenai dirinya yang hanya menggunakan bedak berjenama Pixie berharga RM10. Kenyataan itu dibuat setelah dirinya dikatakan cerewet dalam memilah jurumekap dan hanya menggunakan mekap yang mahal-mahal sahaja untuk sesi penggambaran mahupun fotografi. Sari Yanti, 29, menambah, dia hanya seorang yang ringkas dalam segala hal termasuklah dari segi keterampilan diri dan juga pemakaian. Sari yang terkenal dengan filem Impak Maksima yang ditayangkan pada 2007 berkata demikian ketika diminta oleh media untuk mengulas spekulasi mengenai dirinya yang dikatakan cerewet dalam memilih alat solek dan jurumekap.

Tambah Sari, dia tidak pernah lagi menolak mana-mana jurumekap yang ditugaskan untuk menghias mukanya. Pelakon ini juga tidak pernah rasa gusar mengenai jenama mekap yang dipakai untuk menghias mukanya kerana kulit mukanya jenis yang tidak bermasalah untuk menggunakan mana-mana mekap tidak kira murah atau mahal.


Dalam perkembangan lain, Sari Yanti mengembangkan lagi kerjaya seninya apabila baharu sahaja dilantik menjadi jurucakap bagi produk yang terkenal dalam kalangan wanita iaitu Jamu Ratu Dara. Dia juga sedang mencuba untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan pula apabila dikatakan sibuk menguruskan restoran Char Kuey Teow Simply Delicious yang baru dibuka di The Strand, Kota Damansara.

p/s : dah namenye artis..konfem2 la guna mekap mahal kan..tak kan la jurumekap yang pro2 tu nak guna mekap murah nak mekap artis..ape kellasss der!!

0 comments:

Post a Comment