Thursday, January 23, 2014
10:54 AM 1

Awie Minta Izin Isteri Kembali Ke Era Fazira??


Siapa tidak kenal dengan rockers terbaik negara sepanjang zaman serta seorang pelakon yang cukup berbakat, Awie Wings. Memetik daripada satu kenyataan sebuah laman yang mengatakan Awie tidak menafikan bahawa dia telah meminta izin isterinya untuk kembali ke Era Fazira dalam 'Konsert Teaterikal Suara Kita' di mana menampilkan Awie dan bekas tunangnya, Era Fazira serta Zaina Zain akan bergandingan. 

Dalam satu sidang media 'Suara Kita' di Istana Budaya pada Khamis lalu, Awie ada menyatakan bahawa, idea untuk melakukan konsert teaterikal tersebut muncul apabila dia menonton filem Sembilu dan memikirkan kenapa tidak dia membuat suatu 'event' yang boleh mengembalikan nostalgia zaman di mana filem tersebut pernah menjadi 'trending' pada suatu ketika dahulu sekitar era 90-an.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri saya kerana memberi keizinan kepada saya untuk menerbitkan 'Konsert Teaterikal Suara Kita'. Walaupun pada awalnya dia sedikit terkejut dengan idea saya ini namun dia tetap mengizinkan saya, tambahan pula dia juga salah seorang peminat Era dan Ziana Zain"

Itulah antara kata-kata Awie yang jelas gembira setelah isterinya memberi lampu hijau untuk bergandingan dengan bekas tunangnya dalam kosert tearterikal tersebut. ''Konsert Teaterikal Suara Kita'' akan dipentaskan pada 3-9 March ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Tiket boleh didapati di ticket2u.biz

1 comments: