Tindakan "mahkamah songsang" menjatuhkan hukuman rogol beramai-ramai kepada seorang pesalah wanita yang melakukan hubungan sulit bersama lelaki tanpa ikatan perkahwinan adalah suatu tindakan yang amat kejam.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kewujudan mahkamah yang disifatkan langsung tiada ikhsan dan perikemanusiaan ini dan sudah tentu admin akan menjawab ya memang benar-benar wujud tapi bukan di negara kita di India.
Seorang gadis berumur lingkungan 20 tahun kini dalam keadaan dan dikatakan telah dirogol beramai-ramai atas arahan "mahkamah rimba" di kampungnya setelah didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.
Hukuman kejam itu dilaksanakan oleh sekumpulan 13 orang lelaki tanpa ada belas kasihan dan difahamkan 10 orang daripada mereka adalah juri mahkamah rimba berkenaan.
13 orang lelaki yang dikatakan merogol gadis tersebut ditahan
Detik hitam gadis tersebut bermula apabila ketua kampung tersebut telah terlihat gadis tersebut berdua-duaan bersama teman lelakinya.
Lalu ketua kampung tersebut bertindak mengheret pasangan kekasih tersebut ke muka pengadilan (mahkamah) dengan bantuan beberapa anak buahnya dan di mahkamah tersebutlah bermulanya undang-undang rimba berkenaan.
Mahkamah menetapkan wang denda dibayar oleh kekasih gadis tersebut dan jika tidak mampu dibayar, gadis tersebut akan diratah seluruh penduduk kampung.
Gadis itu yang pada awalnya diikat pada pokok lalu diheret pula ke sebuah bangsal dan dirogol bergilir-gilir setelah kekasihnya tidak mampu membayar denda berkenaan manakala keluarga gadis berkenaan pula tidak dibenarkan keluar rumah.
Dia diselamatkan setelah keluarganya berjaya melepaskan diri dan membawa gadis itu ke pusat perubatan namun dipindahkan ke hospital kerana keadaanya kritikal.
Malangnya, hanya ketika dia dirawat di hospital perkara terkutuk itu terbongkar lalu laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa.
0 comments:
Post a Comment